Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
hukum bersiul dalam islam
Gambar via Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Hukum Bersiul Dalam Islam, Ini Penjelasan Dr Zulkifli

Nurul Alya

Hukum Bersiul Dalam Islam, Ini Penjelasan Dr Zulkifli

Kadang-kadang, secara tidak sedar anda mungkin menghela nafas dengan mulut yang sedikit tertutup ataupun berbentuk seperti ‘O’. Kebiasannya, apabila anda menghela nafas dengan keadaan mulut anda begitu, anda secara tidak sengaja akan bersiul.

Itu kalau anda tidak sengaja. Bagaimana pula kalau anda seorang yang gemar bersiul untuk menghilangkan rasa bosan? Apakah hukumnya?

Rata-rata kebanyakan orang mengatakan bahawa hukum bersiul dalam Islam adalah haram. Tetapi, adakah ia sahih? Kalau nak tahu, inilah penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan.

AL-KAFI #1239: HUKUM BERSIUL

Soalan:

Benarkah bersiul itu dilarang dalam Islam? Saya pernah mendengar bahawa bersiul itu merupakan amalan kebiasaan orang musyrikin Quraisy?

Jawapan:

Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga Baginda, para sahabat, serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda hingga ke hari Kiamat.

Allah SWT telah menyatakan dengan jelas bahawa antara tatacara ibadah yang dilaksanankan oleh Musyrikin Mekah ialah dengan cara bersiul dan bertepuk tangan:

وَمَا كَانَ صَلَاتُهُمْ عِنْدَ الْبَيْتِ إِلَّا مُكَاءً وَتَصْدِيَةً فَذُوقُوا الْعَذَابَ بِمَا كُنْتُمْ تَكْفُرُونَ

Maksudnya: Dan tiadalah sembahyang mereka di sisi Baitullah itu melainkan bersiul-siul dan bertepuk tangan. Oleh itu rasalah kamu (wahai orang kafir) akan azab seksa dengan sebab kekufuran kamu.

Surah al-Anfal (35)

Menurut Imam al-Jassas, siulan dan bertepuk tangan dinamakan solat bagi mereka, kerana kedua-duanya dilakukan sebagai pengganti kepada doa dan tasbih. Dan dikatakan juga bahawa mereka bertepuk tangan dan bersiul sewaktu sedang beribadah. (Rujuk Ahkam al-Qur’an 3/76)

Maka jelas, bersiul dan bertepuk tangan sewaktu beribadah merupakan satu perbuatan yang haram kerana menyerupai perbuatan orang kafir Quraisy. Adapun jika bersiul di luar ibadah, seperti nyanyian, gurauan dan sebagainya, maka para ulama telah menyatakan pandangan mereka seperti berikut:

1. Bersiul adalah dilarang

Ini merupakan pandangan ulama al-Lajnah al-Da’imah bahawa bersiul itu dilarang kerana ia merupakan tradisi kaum jahiliyyah dan sebahagian daripada akhlak yang buruk. (Rujuk Fatawa al-Lajnah al-Daimah 26/390). Dan diriwayatkan juga daripada Ibn ‘Abbas, bahawa bersiul merupakan antara akhlak kaum Nabi Lut AS. (Rujuk Tafsir Ibn Kathir 6/276)

2. Bersiul hukummnya makruh

Ia dinyatakan oleh Ibn Muflih yang menukilkan pandangan daripada Syeikh Abd al-Qadir (Rujuk Al-Adab al-Syar’iyyah 3/375). Ini juga pandangan Syeikh Ibn ‘Uthaimin yang menyatakan beliau tidak suka akan perbuatan bersiul dan menyebutnya sebagai makruh zatiyyah bukan makruh dari sudut syarak. Namun beliau sendiri mengakui bahawa dia tidak mempunyai dalil yang jelas untuk menyokong pandangannya ini. (Rujuk Liqa’at Bab al-Maftuh, 4/119)

3. Bersiul hukumnya diharuskan

Ini merupakan mafhum daripada pandangan-pandangan para ulama tafsir seperti Muhammad al-Amin al-Syanqiti dan Muhammad al-Tohir ibn ‘Asyur yang mengikat celaan Allah SWT terhadap siulan kaum kafir Quraisy atas sebab niat mereka untuk menghalang umat Islam daripada solat dan membaca al-Qur’an dengan cara bersiul di Masjid al-Haram. (Rujuk Adhwa’ al-Bayan 2/162 dan Al-Tahrir wa al-Tanwir 9/339)

Kesimpulan

Tuntasnya, kami menyatakan bahawa bersiul sekadar untuk hiburan dan suka-suka tanpa sebarang niat untuk meniru perbuatan kafir Quraisy atau kaum Nabi Lut, hukumnya ada diharuskan. Ini kembali kepada qaedah penting dalam fiqh:

الأصل في الأشياء الاباحة حتى يقوم الدليل على تحريمه

Maksudnya: Hukum asal setiap perkara (mu’amalah) adalah harus, sehingga adanya dalil yang mengharamkannya.

Ulama yang mengharamkannya pula adalah kerana ia disebut di dalam al-Qur’an sebagai perbuatan ibadah kaum kafir Quraisy, meskipun tiada lafaz atau dalil lain yang jelas yang mengharamkannay jika dilakukan bukan dengan niat beribadah.

Namun demikian, keharusan ini adalah dengan syarat ia tidak digunakan pada tempat yang salah, seperti bersiul untuk menarik perhatian wanita, mengejek dan menyerupai orang fasiq.

Wallahu a’lam.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

BACA JUGA: Wan Zack Ajak Peminat Sertai Fenomena Subuh Macam Jumaat