Siakap Keli
sultan Ibrahim lafaz sumpah
Kredit BERNAMA

Sultan Ibrahim Lafaz Sumpah Jawatan Yang Di-Pertuan Agong Ke-17

Sultan Ibrahim Lafaz Sumpah Jawatan Yang Di-Pertuan Agong Ke-17

Sultan Ibrahim berkenan melafaz sumpah serta menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 bagi tempoh lima tahun pada pagi ini.

Istiadat Melafaz dan Menandatangai Surat Sumpah Jawatan itu telah diadakan pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-264 (Khas) di Balairung Seri, Istana Negara.

Dalam istiadat itu juga telah menyaksikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah mengangkat sumpah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama.

Istiadat melafaz sumpah itu diadakan di hadapan sultan dan raja Melayu, kerabat diraja serta dif-dif kenamaan.

Sebelum itu, Sultan Ibrahim dijadual berangkat dari Istana Bukit Serene, Johor pada 7.45 pagi dan dijadual berlepas dari Hangar Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa Senai ke ibu negara.

Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah dan anakanda-anakanda turut dijadual berangkat ke istiadat bersejarah itu.

Sultan Ibrahim dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-263 (Khas) pada Oktober tahun lepas yang turut memilih Sultan Nazrin sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Istiadat pada hari ini adalah simbolik kepada pelantikan terbaru bagi pemerintah utama menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah tamat tempoh sebagai YDPA ke-16, semalam.

BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Sumber: BERNAMA

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka