Siakap Keli
subuh macam jumaat wilayah persekutuan
Gambar via Jabatan Wilayah Persekutuan

Subuh Macam Jumaat Pembuka Tirai Hari Wilayah Persekutuan

Subuh Macam Jumaat Pembuka Tirai Hari Wilayah Persekutuan

Kempen Subuh Macam Jumaat yang pada awalnya dimulakan oleh selebriti Alif Satar kini telah menjadi gelombang selepas berterusan dilakukan oleh pelbagai pihak.

Hari ini, bagi menyambut ulang tahun penubuhan Wilayah Persekutuan yang ke-50, Jabatan Wilayah Persekutuan telah menjadikan Subuh Macam Jumaat sebagai pembuka tirai sambutan tersebut.

Dalam satu kenyataan, Jabatan Wilayah Persekutuan berkata program pertama Hari Wilayah Persekutuan yang dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di Masjid Putra itu dimulakan dengan solat subuh berjemaah.

“Solat subuh tersebut diikuti dengan pengisian tazkirah “Mensyukuri Nikmat 50 Tahun Wilayah Persekutuan” dan aktiviti berjalan sihat Putrajaya sepanjang 2.5 kilometer dari Dataran Putra ke Dataran Putrajaya,” katanya memetik kenyataan itu.

Difahamkan juga, program yang dilaksanakan itu bukan sahaja dapat meningkatkan semangat kerohanian malah membolehkan ramai orang mengamalkan hidup sihat.

Suasana berkaitan solat subuh berjemaah itu turut dikongsikan di laman Facebook.

BACA JUGA: Polis Sahkan Pemandu Halang Ambulans Punyai Masalah Pendengaran

Jelasnya, barisan jemaah yang dihadiri oleh warga Wilayah Persekutuan itu sememangnya memenuhi ruang masjid tersebut.

“Alhamdulillah sejuk mata memandang barisan jemaah yang melimpah di Masjid Putra untuk Subuh Macam Jumaat ini,” ujarnya.

Gambar via Jabatan Wilayah Persekutuan

Sambutan tersebut telah dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Jabatan Wilayah Persekutuan turut berkata sebanyak 61 program dan aktiviti melibatkan komuniti telah disusun sepanjang tahun ini bersempena dengan ulang tahun Wilayah Persekutuan itu.

“Program yang dianjurkan itu juga selaras dengan enam teras utama bagi sambutan Hari Wilayah Persekutuan iaitu pengiktirafan, ilmiah dan kerohanian, sosial dan kemasyarakatan, keusahawanan, seni dan budaya, dan juga sukan.

“Semoga program-program yang disusun ini dapat mengukuhkan rasa sayang dan sense of belonging dalam kalangan Wilayah Persekutuan,” ujarnya.

Jabatan Wilayah Persekutuan turut berharap agar program tersebut memberikan peluang kepada rakyat untuk menghayati dan menghargai kemakmuran serta kejayaan yang telah dikecapi oleh negeri tersebut.

https://www.facebook.com/JWPJPM/posts/pfbid0FjkxKfGDzSq4YfE6eBb2d9aGdWuioogmpren4kghPBaU36Ui5hfP7UmUhtkL7MVYl

Sumber: Kenyataan Media Jabatan Wilayah Persekutuan, Facebook

Nurul Alya

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: