Terkini

Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
mayat dalam longkang
Gambar via Sinar Harian

Mayat Lelaki Lengkap Berpakaian Ditemui Dalam Longkang

Nurul Alya

Mayat Lelaki Lengkap Berpakaian Ditemui Dalam Longkang

Mayat seorang lelaki yang berada dalam keadaan tertiarap ditemukan dalam longkang sedalam satu meter di Jalan Pasir Hor-Pasir Tumboh, Kampung Seribong di Kelantan oleh dua pekerja syarikat penyelenggaraan jalan, lapor Sinar Harian.

Difahamkan, ketika kejadian, salah seorang daripada pekerja tersebut, Mohd Araf Saupi, 25, berkata dia terkejut serta menggigil selepas menemukan mayat dalam keadaan lengkap berpakaian kira-kira jam 11.30 pagi Ahad.

“Pada mulanya kami fikir lelaki itu pengsan tetapi tangan dan kakinya kekuningan, mungkin sudah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Pekerja tersebut juga menyatakan bahawa dirinya itu tidak dapat meneruskan kerjanya kerana terlalu terkejut.

Manakala menurut rakannya pula, Muhammad Musaha, 35, pada waktu itu dia sedang memotong rumput kira-kira 300 meter daripada mayat itu ditemui.

“Sebaik saja saya tiba dia kawasan longkang setinggi kira-kira 1 meter, saya ternampak sekujur tubuh yang tidak bergerak sebelum saya maklumkan kepada Mohd Araf.

“Kami tidak menyentuh mayat lelaki itu tetapi terus menghubungi 999 untuk memaklumkan perkara berkenaan,” ujarnya.

Menurutnya lagi, kerja-kerja pemotongan rumput itu dijalankan pada jam 8:30 pagi.

Identiti tidak dikenal pasti

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud telah mengesahkan menerima laporan mengenai penemuan mayat itu.

Kata beliau, mayat itu telah dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) bagi melakukan bedah siasat.

“Kes sedang disiasat dan identiti juga belum lagi dikenal pasti,” kata beliau lagi.

Sumber: Sinar Harian

BACA JUGA: Gaji Rendah Dan Sikap Antara Faktor Pegawai, Anggota Polis Terlibat Rasuah – KPN