Siakap Keli
peminat tuntut semula duit messi
Gambar via CNN

Peminat Tuntut Semula Duit Tiket Lepas Kecewa Messi Tak Main

Peminat Tuntut Semula Duit Tiket Lepas Kecewa Messi Tak Main

Perlawanan persahabatan antara Hong Kong dan Inter Miami pada Ahad yang sepatutnya menyaksikan kehebatan pemain bola sepak Argentina, Lionel Messi, mendapat sambutan yang buruk daripada peminatnya apabila pemain itu tidak turun ke padang untuk beraksi.

Lapor CNN, walaupun Inter Miami telah berjaya mengalahkan Hong Kong dengan keputusan 4-1 dalam  aksi persahabatan, kebanyakan peminat bola sepak lebih menantikan saat Messi untuk turut serta dalam perlawanan tersebut.

Kekecewaan itu turut dirasai oleh pihak kerajaan Hong Kong sendiri  apabila pemenang lapan kali Ballon d’Or itu tidak turun ke padang.

“Messi tidak dapat bermain dalam perlawanan persahabatan hari ini.

“Pihak kerajaan dan para peminat bersama-sama mempunyai rasa kecewa mengenai pengaturan oleh penganjur. Mereka perlu berikan penjelasan kepada peminat,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, pemain Luis Suarez juga didapati tidak bermain dalam perlawanan itu walaupun beliau telah menghadirkan diri pada sidang media sebelum perlawanan bermula.

Refund! Refund! Refund!

Ketika persembahan bunga api diadakan serta ucapan dari David Beckham yang merupakan pemilik bersama pasukan itu, stadium tersebut dipenuhi dengan bunyi mengejek daripada para peminat yang kecewa.

20 minit sebelum perlawanan itu tamat, rata-rata peminat telah mempersoalkan sebab Messi diletakkan dalam bangku simpanan.

Orang ramai mula memberontak dengan sorakan “refund” dalam bahasa Inggeris dan juga Kantonis.

Hal ini kerana tiket yang dibeli oleh mereka bernilai antara 800 hingga 4880 dolar Hong Kong (RM485.94 hingga RM2,964.22).

Keputusan Pasukan Perubatan

Dalam satu kenyataan pada Ahad, Tatler XFEST telah menyatakan kekecewaan mereka mengenai kedua-dua orang pemain yang disebutkan itu tidak bermain dalam perlawanan itu.

Mereka turut menyatakan bahawa mereka tidak mengetahui mengenai perkara itu.

Persoalan para peminat dan orang ramai mengenai sebab pemain-pemain itu tidak turun padang terjawab apabila jurulatih Miami, Gerardo “Teta” Martiona memberikan penjelasan.

Jelasnya, kedua-dua pemain itu tidak bermain dalam perlawanan tersebut kerana mempunyai masalah kesihatan.

“Kami telah memeriksa keadaan fizikal mereka dan kami mendapati mereka akan mengalami kecederaan yang berat sekiranya mereka turun padang.

“Kami faham akan kekecewaan para peminat dan kami minta maaf. Kami juga berharap dapat benarkan mereka bermain untuk seketika, tetapi risiko itu terlalu tinggi,” kata jurulatih itu.

Dia juga menambah bahawa Suarez mengalami kecederaan lutut semasa perjalanan Arab Saudi.

“Kami sentiasa memeriksa keadaannya dengan pasukan perubatan, dan kami juga perlu mempertimbangkan keutamaan kami dengan Major League Soccer (MLS) akan datang.

“Jadi kami membuat kesimpulan untuk Messi tidak bermain dalam perlawanan itu,” katanya.

Sumber: CNN

BACA JUGA: Doktor Malar Kongsi Jumlah Air Sebenar Yang Diperlukan Badan

Nurul Alya