Terkini

Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Insentif awal penjawat awam
Kredit: Bernama

Bayaran Insentif Awal Penjawat Awam Dibayar 23 Feb Ini – PM Anwar

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Bayaran Insentif Awal Penjawat Awam Dibayar 23 Feb Ini – PM Anwar

PUTRAJAYA, 6 Feb (Bernama) – Bayaran Insentif Awal sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak dan RM1,000 kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam, dibayar sekali gus pada 23 Feb ini.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan amanat pada perhimpunan Bulanan Bersama Warga Kementerian Kewangan di sini, hari ini.

“Turut disalurkan sebanyak RM1,000 kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam membabitkan polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform.

“Bayaran insentif RM1,000 turut disalurkan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Bayaran Insentif Awal itu disalurkan sementara menunggu Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dimukatamadkan.

Beliau berkata laporan akhir Kajian SSPA dijangka siap dalam tempoh dua bulan, sebelum dibentangkan ke Jemaah Menteri untuk dimuktamadkan kelulusannya.

“Saya dah mulakan mesyuarat pelarasan gaji penjawat awam (SSPA) dengan Ketua Setiausaha Negara (Tan Sri Mohd Zuki Ali) dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz), (mereka) setuju untuk dipercepatkan.

“Saya tak mahu kata ia sengaja dilengah-lengahkan, sudahlah 12 tahun tunggu, kita ambil laluan pantas,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Laporan Interim 1 Kajian SSPA telah diserahkan kepada Anwar pada 19 Jan lepas.

Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Parlimen pada 13 Okt lepas dilaporkan mengumumkan pelaksanaan penuh SSPA akan dibuat bermula 2025.

Anwar dalam pada itu berkata kerajaan tidak hanya menumpukan kepada kebajikan penjawat awam, sebaliknya berusaha menyantuni semua lapisan golongan rakyat yang memerlukan termasuk peneroka dengan kerajaan telah menaikkan Insentif Pengeluaran Getah kepada RM3 per kilogram (kg) tahun ini, berbanding RM2.50 per kg pada 2022.

“Pesawah padi pun (tak dilupakan), kita bayar Kadar Skim Subsidi Harga Padi dari RM360 per metrik tan pada 2022 kepada RM500 per metrik tan tahun lepas, serta harga lantai belian padi juga dinaikkan dari RM1,200 per metrik tan pada 2022 kepada RM1,300 per metrik tan pada tahun lepas,” katanya.

Beliau berkata bayaran Bantuan Awal Persekolahan untuk murid Tahun Satu hingga Tingkatan Lima juga mula dibayar bulan lepas untuk membantu persediaan persekolahan anak-anak.

Anwar berkata peningkatan mendadak sumbangan kepada rakyat hanya dapat dilakukan kerana kejayaan kerajaan mengurangkan kos yang dianggap tiris, dan membazir, selain kejayaan melaksanakan beberapa program seperti penyasaran subsidi elektrik dan pengapungan harga ayam.

“Ini semua membantu untuk kita mendapatkan hasil yang lebih baik dan kemudian khidmat rakan-rakan dalam badan penguat kuasa seperi kastam (Jabatan Kastam Diraja Malaysia) dan LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) yang boleh membawa hasil lebih baik.

“Dan hasil ini seperti yang saya tunjukkan buktinya, kita boleh tambah lonjakan besar (sumbangan dan bantuan) kepada rakyat,” katanya.

BACA: Eskalator Rosak Tak Dibaiki, Pengguna Letak Kalung Bunga Tanda “Berkabung”

Sumber: Bernama