Siakap Keli
Pertukaran data kadar pertukaran
Kredit BERNAMA

Viral Isu USD1/RM6.24 Di Google, Ini Penjelasan BNM

Viral Isu USD1/RM6.24 Di Google, Ini Penjelasan BNM

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan menjelaskan berkenaan isu kadar pertukaran ringgit yang tidak tepat di Google yang menjadi viral hari ini.

Penjelasan berkenaan dimuat naik oleh BNM di platform X sebentar tadi.

“Bank Negara Malaysia (BNM) ingin menjelaskan tentang data kadar pertukaran ringgit yang tidak tepat, termasuk kadar USD/MYR, yang diterbitkan oleh Google pada 5 Februari 2024,” kata BNM.

Menurut BNM, kadar pertukaran USD/RM yang sebenarnya adalah berbeza berbanding data tidak tepat tersebut.

“Julat perdagangan tinggi dan rendah bagi USD/MYR yang dicatatkan dalam pasaran antara bank tempatan bagi ringgit adalah antara 4.7480 dengan 4.7630 pada 5 Februari,” kata BNM lagi. 

Dalam pada itu, BNM turut mengingatkan agar orang ramai berwaspada dan menggunakan sumber yang disahkan sebagai rujukan utama.

“Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dalam menggunakan sumber yang tidak dapat disahkan sebagai rujukan berhubung dengan ringgit.”

BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Terdahulu, kecoh di media sosial hari ini apabila Google menunjukkan kadar pertukaran USD1 ke ringgit yang melebihi RM6.

Data tersebut nyata mengejutkan banyak pihak dan menjadi pertanyaan warga maya.

Sumber: X/Bank Negara Malaysia

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka