Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Inspektor, 7 Anggota Polis Ditahan Bantu Siasatan Kes Pemerasan

Iqbal Yasir
Gambar: Bernama

Inspektor, 7 Anggota Polis Ditahan Bantu Siasatan Kes Pemerasan

JOHOR BAHRU — Seorang pegawai kanan polis berpangkat inspektor dan tujuh pegawai rendah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pemerasan melibatkan wang tunai berjumlah RM35,000.

Ketua Polis Johor, Pegawai Komisioner, M. Kumar S. Muthuvelu berkata kira-kira 9.32 malam Isnin, pihaknya menerima satu laporan berhubung kes itu oleh pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seri Alam.

Menurutnya, kesemua individu yang terlibat berumur lingkungan 20 hingga 50 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut.

“Majistret Mahkamah Johor Bahru telah membenarkan kesemua tangkapan ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah selama empat hari bermula semalam hingga 9 Februari ini.” maklumnya dalam satu kenyataan.

BACA: “Surrr…”, KTMB Tawar Nasi Kandar Penang Dalam Gerabak

Tambah Kumar, kes masih diperingkat siasatan dan orang ramai diingatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau komen yang boleh mengganggu proses siasatan.

Kes itu diklasifikasikan di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan iaitu pemerasan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai sepuluh tahun atau denda aau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.

“Polis kontinjen Johor komited dalam usaha untuk memerangi masalah integriti serta salah laku dalam kalangan pegawainya demi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Mana-mana pegawai yang dipercayai melakukan jenayah akan diambil tindakan tegas tanpa kompromi berlandaskan prinsip kesamarataan di sisi undang-undang di bawah Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan,” katanya lagi.

Pegawai Rogol Wanita

Terdahulu, polis Kelantan berkata tidak akan berkompromi terhadap kes seorang pegawai penyiasat berpangkat Inspektor selepas disyaki merogol seorang wanita yang membuat laporan di pejabat suspek di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat, lapor Bernama pada 30 Januari lalu.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata pihaknya tidak sesekali menyembunyikan kes berkenaan malah akan menjalankan siasatan lebih teliti terhadap pegawai berusia 38 tahun itu.

“Dia (suspek) kini direman selama tujuh hari bermula hari ini untuk disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

“Suspek juga akan disiasat di bawah kesalahan tatatertib dan orang ramai perlu melihat perkara itu secara keseluruhan serta memberi peluang kepada polis untuk melakukan siasatan lanjut,” katanya.

Sumber: Polis Johor