Siakap Keli
Kredit: Preservation Chicago

Kenapa Di Sesetengah Kawasan Guna Jalan Bata, Bukan Jalan Turap Tar?

Kenapa Di Sesetengah Kawasan Guna Jalan Bata, Banding Jalan Turap Tar?

Jalan raya merupakan salah satu kemudahan atau infrastruktur yang paling mustahak bagi sesebuah negara.

Tanpa jalan yang baik, manusia mungkin tidak dapat bergerak dan aktiviti ekonomi mungkin tidak dapat berjalan.

Di Malaysia, jalan raya berturap boleh ditemui di hampir setiap pelusuk tanah air. Selain berfungsi menghubungkan dua atau lebih tempat, jalan raya juga boleh meningkatkan nilai hartanah sesebuah kawasan.

Menurut BERNAMA, pada 2023, kerajaan memperuntukan kira-kira RM150 juta untuk kerja-kerja pembaikan dan penurapan jalan menggunakan kaedah teknologi asfalt terubahsuai getah bekuan (CMA) di seluruh negara

CMA adalah teknologi baharu penurapan jalan menggunakan bitumen (tar) terpinda dengan campuran getah bekuan sebagai bahan campuran asfalt.

Kaedah ini boleh meningkatkan kualiti dan memanjangkan jangka hayat turapan jalan.

Selain jalan berturap, anda sebagai pengguna jalan, pernah tak anda perasan sesetengah jalan dibina menggunakan susunan batu-bata?

Kenapa batu-bata dipilih sebagai bahan binaan jalan? Apa bezanya dengan jalan berturap biasa? Jom kita kupas bersama-sama.

Menurut Europaving, ada beberapa alasan mengapa sesetengah tempat, jalan dibina menggunakan batu-bata.

Proses pemasangan yang mudah dan cepat

Selain mudah dan cepat, jalan batu-bata sesuai dibina dibawa sebarang cuaca, tidak kira ketika musim panas ataupun hujan.

Tidak seperti jalan batu-bata, jalan turapan asfalt memerlukan proses yang lebih banyak. Antaranya, kandungan asfalt perlu dipanaskan sehingga 170 darjah celcius sebelum boleh digunakan.

Setelah dipasang, permukaan jalan ini boleh digunakan serta-merta kerana tiada tempoh menunggu tidak seperti jalan turap asfalt.

Jalanbatu bata mudah dibaiki

Jalan batu-bata juga dilaporkan mudah dibaiki. Apabila berlaku kerosakan, penyelenggara cuma perlu menggantikan bahagian yang rosak sahaja.

Walaupun jalan asfalt juga mudah dibaiki, namun pembaikian melibatkan kos yang lebih tinggi selain memerlukan pekerja yang berkemahiran.

Tahan lasak dan tahan lama

Menurut Europaving, jalan batu-bata dapat bertahan untuk tempoh yang lama, sehingga sekurang-kurangnya 25 tahun.

Selain itu, jalan batu-bata juga didapati tidak mengalami kerosakan yang teruk apabila berlaku pergerakan tanah atau permukaan di kawasan jalan itu dibina.

Sumber: europaving

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.