Rebat Bil Elektrik RM40 Sebulan: Ini Cara Semakan
Boleh dikatakan hampir sepanjang masa setiap isi rumah menggunakan elektrik seperti kipas, penghawa dingin, peti sejuk dan banyak lagi.
Penggunaan sumber tenaga ini perlu berdaftar dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi ia boleh dinikmati oleh rakyat.
Walau bagaimanapun, penggunaan sumber tenaga ini perlu dibayar setiap bulan oleh setiap isi rumah, dan harga bayaran bil juga dipengaruhi oleh cara penggunaan isi rumah itu.
Tetapi tahukah anda, sebenarnya terdapat rebat sehingga RM40 diberikan kepada golongan miskin tegar bagi penggunaan bil ini.
Ia merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam meringankan beban golongan kurang berkemampuan.
Dalam Belanjawan 2024, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan sebanyak RM55 juta kepada pemberian rebat bil elektrik kepada isi rumah miskin tegar.
Program Rebat Bil Elektrik RM40

Program Rebat Bil Elektrik RM40 ini merupakan bantuan kerajaan secara bersasar khusus kepada Ketua Isi Rumah (KIR) berstatus ‘Miskin Tegar’ yang disahkan oleh sistem eKasih .
Tujuan bantuan ini adalah untuk meringankan kos sara hidup golongan yang amat memerlukan dengan menyediakan pembiayaan bil elektrik bulanan sehingga RM40.
Program ini telah dimulakan sejak 1 Februari 2021 menggunakan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2019 dalam sistem eKasih.
BACA: Kenapa Kekunci F Dan J Ada “Garis”? Ini Sebabnya
Kelayakan Asas
Syarat asas untuk seseorang KIR itu mendapat rebat ini adalah tersenarai dalam kategori Miskin Tegar yang disahkan dalam Sistem eKasih.
Jumlah pendapatan purata nasional bulanan isi rumah miskin tegar mestilah RM1,169 dan ke bawah.
Kriteria Rebat RM40
Dalam program ini, kriteria yang diambil kira bagi rebat RM40 bil elektrik adalah terhad kepada Tarid A (domestik atau kediaman).
Selain itu, hanya satu bil sahaja yang sah bagi setiap KIR iaitu rumah sendiri atau rumah sewa.
Macam Mana Nak Rebat RM 40?

Untuk makluman, mana-mana KIR yang mempunyai bil bulanan kurang daripada RM40 tidak perlu membayar dan baki rebat tidak akan dibawa ke bulan berikutnya.
Manakala bil bulanan KIR yang melebihi RM40, mereka hanya perlu membayar baki bil (tolak RM40 daripada bil bulanan).
BACA JUGA: Ini Fungsi Proses Sulh Yang Perlu Anda Tahu
Pembayaran Rebat RM40
Bagi pengguna yang tersenarai sebagai miskin tegar, bil bulanan mereka akan ditolak secara automatik daripada akaun pengguna.
Ini Cara Semak Rebat Bil Elektrik RM40
Semakan kelayakan boleh dibuat menerusi laman web rasmi Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), https://semakanrebat.nrecc.gov.my/apps/public/index.php

Semoga bermanfaat!
Sumber: Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC)