Siakap Keli
jenazah zahalitha
Gambar: JBPM

Lepas Dua Hari, Jenazah Zahalitha Berjaya Dibawa Turun

Jenazah seorang pendaki wanita yang meninggal dunia di Gunung Reskit, Jerantut pada Selasa dilaporkan telah berjaya dibawa turun pada pagi ini.

Menerusi perkongsian Era di Facebook, jenazah Zahalitha Othman, 52, dibawa turun menggunakan helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang dalam operasi menyelamat hari ketiga pada jam 8.30 pagi.

Menurut Penolong Pengarah Operasi JBPM negeri, Ismail Abdul Ghani sebelum mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lipis dan diserahkan pada pihak polis bagi tindakan lanjut, mayat tesebut diterbangkan ke Sekolah Kebangsaan Clifford.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa bekalan makanan bagi sembilan pendaki yang lain telah diberikan.

Terdahulu pada pagi Selasa, mangsa dilaporkan mengalami sesak nafas dan menghembuskan nafas terakhir sekitar 7.30 pagi.

Difahamkan, mangsa telah menyertai program pendakian sejak 1 Februari lalu.

Oleh kerana faktor cuaca, proses membawa turun jenazah terpaksa ditangguhkan.

Sumber: ERA/Facebook

BACA: Tragedi Kepala Air Bidor: Dua Mayat Terakhir Ditemukan

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana