Nooa Laine Sah Ke Selangor FC, Pinjaman Selama Setahun
Bintang muda negara, Nooa Laine yang beraksi di Finland sah berpindah ke Selangor Fc secara pinjaman selama setahun.
Perkara itu diumumkan oleh Selangor FC menerusi perkongsian muat naik di laman Facebook rasmi kelab tersebut.
“Kami dengan sukacitnya mengumumkan bahawa Nooa Laine akan bermain untuk Selangor selama setahun sebagai pinjaman daripada SJK Seinäjoki,” kata Selangor FC.
Selangor FC dalam hantaran tersebut turut berkongsi latar belakang dan perjalanan karier pemain muda berkenaan.
“Nooa Laine dilahirkan di Finland dan memulakan kerjayanya pada 2018 di JJK Jyväskyläa.
“Dia berusia 16 tahun ketika membuat penampilan sulung profesionalnya dan bermain untuk Ykkönen (liga divisyen dua di Finland).
“Dia kemudian berpindah ke Klubi 04, sebuah pasukan pembangunan di bawah HJK Helsinki pada 2019 dan 2020.
“Nooa menjaringkan lima gol dalam 26 penampilan untuk kelab itu,” kata Selangor FC lagi.
Difahamkan, Nooa berjaya mencipta nama selepas menyertai kelab induk SJK Seinäjoki yang bersaing dalam Liga Divisyen 1 Finland.
Bersama kelab tersebut , dia menjaringkan empat gol dalam 64 perlawanan sepanjang tiga musim antara 2021 hingga 2023.
Aksinya yang menonjol telah menyebabkan Nooa kemudiannya telah dipanggil bermain untuk Malaysia U23 yang mendapat tempat ke Piala Asia B-23 AFC 2024.
BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu
https://www.facebook.com/selangorfc/posts/pfbid025dxZqgMyBcit11x4YhFiG7oEUoJ5ndknZcS7DFfj4yf5iYpr9Xs84fTGpEENBeGNl
Sumber: Facebook/ Selangor FC