Siakap Keli
shukri yahya surah
Kredit: @qawiyaro/TikTok

“Dia Tak Kosong” Warga Maya Puji Shukri Yahya Berjaya Habiskan Bacaan Surah

“Dia Tak Kosong” Warga Maya Puji Shukri Yahya Berjaya Habiskan Bacaan Surah

Lancar dan tenang membaca ayat suci al-Quran, pelakon Shukri Yahya meraih perhatian ramai selepas berjaya menghabiskan surah Al-Fil di dalam sebuah video tular di media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik oleh personaliti media sosial yang terkenal membuat kandungan islamik, Abdul Qawiy Abd Rashid, Shukri yang sedang sibuk dengan penggambaraan diterjah untuk menyambung bacaan surah tersebut.

Meskipun pada awalnya, Shukri atau nama sebenarnya Mohd Shukri Yahya terkejut dengan kehadiran Qawiy namun dia masih menyahut Quran Challenge itu.

“Hai, assalamualaikum, kita macam biasalah nak tebuk. Tidak mengapa, kita santai-santai sahaja,” ujar Qawiy.

Qawiy kemudiannya memulakan baca Surah Al-Fil dengan tenang dan hanya membacakan sepotong ayat daripada surah tersebut.

Pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu menyambung ayat kedua dalam surah tersebut dan menghabiskannya dengan lancar tanpa sebarang kesalahan ayat.

Selepas Shukri menghabiskan bacaannya, Qawiy memuji suara pelakon tersebut.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata berkata pelakon tersebut memiliki alunan suara yang sedap ketika mengaji.

BACA: “Tajwid On Point” Peminat Terpegun Dengar Amir Ahnaf Baca Ayat Kursi Guna Taranum Jiharkah

Segelintir mereka memuji Shukri dengan menyatakan pelakon tersebut memiliki ilmu berkaitan dengan Islam susulan berjaya menghabiskan bacaan surah tersebut.

“Dia tidak kosong,” komen salah seorang warga maya.

“Suara macam imam tarawih, sedap je dengar,” puji netizen.

Untuk dengarkan bacaan Shukri, sila tekan video di bawah ini.

@qawiyaro

Terjah ngaji @Shukri Yahaya !😍 MasyaAllah sedapppp! #quranchallenge #terjahngaji #mantuy

♬ original sound – qawiyaro – qawiyaro

Sumber: @qawiyaro/TikTok

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana