Siakap Keli
Gambar Musytari beresolusi tinggi
Kredit NASA/Emma Wälimäki

Sejarah Tercipta, Gambar Resolusi Tinggi Bulan Musytari, Io Berjaya Diambil

Sejarah Tercipta, Gambar Resolusi Tinggi Bulan Musytari, Io Berjaya Diambil

NASA baru-baru ini memaklumkan kejayaan pihaknya mengambil gambar resolusi tinggi bulan Musytari, Io.

Menurut badan berkenaan, gambar itu diambil selepas kapal angkasanya, Juno berjaya melakukan penerbangan lintas (flyby) paling dekat dengan bulan planet itu.

Pada 30 Disember lepas, Juno melakukan penerbangan pada ketinggian kira-kira 1,500 meter dari permukaan ‘dunia’ paling banyak gunung berapi yang menggerunkan dalam sistem solar tersebut.

Manakala Juno sekali lagi melakukan penerbangan yang sama pada minggu ini.

Dalam penerbangan pertama, kapal angkasa berkenaan terbang melintasi kawasan utara. Manakala dalam penerbangan kedua pula Juno melewati hamisfera selatan bulan berkenaan.

Kejayaan melakukan penerbangan lintas paling dekat itu tidak pernah dilakukan oleh mana-mana kapal angkasa lepas dalam tempoh 20 tahun.

Ujar NASA, bersama kejayaan itu, Juno berjaya merakam gambar resolusi tinggi bulan Musytari tersebut menggunakan instrumennya, JunoCam.

Gambar resolusi tinggi dalam format raw itu dilepaskan kepada orang awam dan boleh dianalisis oleh mana-mana pihak.

Gambar Musytari beresolusi tinggi
Kredit NASA/Emma Wälimäki

Menerusi perkongsian gambar beresolusi tinggi itu, pelbagai struktur semula jadi pada permukaan bulan berkenaan dapat dilihat dengan jelas.

Tambah NASA, gambar itu menunjukkan bukti aktiviti kepulan aktif, puncak gunung yang tinggi dengan bayang-bayang yang jelas.

Selain itu, kawasan tasik lava juga dikesan dengan sebahagian kawasan tasik itu mempunyai struktur seperti pulau di dalamnya.

NASA turut menjemput orang awam untuk menganalisis data-data yang dipungut oleh Juno.

Data-data berkenaan boleh diakses menerusi pautan dibawah https://www.missionjuno.swri.edu/junocam/processing.

Menurut NASA, data-data yang sudah dianalisis boleh dikongsikan semula untuk melalui laman web itu untuk tatapan bersama orang awam.

Kata NASA lagi, gambar-gambar yang dianalisis oleh sukarelawan sebelum ini juga pernah muncul dalam beberapa penerbitan saintifik sebelum ini.

Antaranya gambar yang diproses oleh Gerald Eichstadt apabila namanya turut diletakan pada pada bahagian citation beberapa penerbitan.

BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Sumber: NASA, Facebook/Astro Lab

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka