Siakap Keli
fakta pesawat BK 160 Gabriel
Gambar: Airforce Technology

Ni Fakta Pesawat BK 160 Gabriel, Yang Terhempas Di Klang

Ni Fakta Pesawat BK 160 Gabriel, Yang Terhempas Di Klang

Sekitar jam 1.46 tengah hari semalam, sebuah pesawat ringan dilaporkan terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar, Klang.

Kejadian mengakibat dua individu maut iaitu juruterbang Daniel Yee Hsiang Khoon, 30, dan pembantu juruterbang, Roshaan Singh Raina, 42.

Kedua-dua mangsa berjaya dibawa keluar daripada kokpit pesawat yang dipercayai terbenam sedalam dua meter.

Dalam nahas tersebut, sebuah pesawat jenis BK 160 Gabriel telah hancur kerana terbenam ke dalam tanah. Oleh itu, hari ini, SK akan berkongsi sedikit fakta mengenai pesawat tersebut.

Kenali Pesawat Ringan BK 160 Gabriel

Gambar: Airforce Technology

Pesawat Ringan BK 160 Gabriel merupakan rekaan yang dibangunkan oleh sebuah syarikat pesawat di Itali, iaitu Blackshape.

Model pesawat Bk160 Gabriel pertama kali dilancarkan pada pameran perdagangan AERO Friedrichshafen pada April 2017. Manakala versi yang dinaik taraf pula Gabriel Turboprop (Gabriel-TP), telah dilancarkan pada Pertunjukan Udara Singapura 2020.

Pesawat ini dikuasakan dengan enjin turboprop (versi naik taraf) yang bertujuan untuk digunakan terutamanya dalam latihan juruterbang tentera.

Untuk makluman, pesawat ini mendapat kelulusan daripada organisasi reka bentuk dan sijil jenis dalam kategori CS-VLA (Aeroplanes Sangat Ringan) daripada Agensi Keselamatan Penerbangan Eropah (EASA)

Reka Bentuk Dan Ciri-Ciri Blackshape Gabriel

Gambar: Airforce Technology

Pesawat ini menampilkan reka bentuk sayap aerodinamik dengan kemasan sporty yang diilhamkan oleh gaya tukang jahit buatan tangan.

Reka bentuknya juga dioptimumkan untuk mengurangkan kos penyelenggaraan dan operasi terus kepada organisasi penerbangan, sambil menyediakan latihan juruterbang.

Bahan yang digunakan dalam pembuatan kapal ini adalah gentian karbon dan ia bersifat lebih ringan serta berketahanan tinggi.

BACA: Nazmi Terpilih Sebagai Calon Pengadil Piala Dunia 2026

Keluasan sayap adalah 10.31 meter persegi dan rentang sayap 9 meter. Ketinggian pesawat ini pula 2.45 meter dengan berat berlepas maksimum 850 kilogram (kg).

Ciri Keselamatan

BK 160 Gabriel
Gambar: Airforce Technology

Difahamkan, BK 160 Gabriel ini dilengkapi pelbagai ciri keselamatan, termasuk sistem elektrik yang boleh dipercayai dengan pendawaian gred tentera, suhu, penderia kapasiti bahan api, tangki bahan api anti letupan, dan tali pinggang keledar keselamatan yang diperakui lima mata.

Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan payung terjun balistik kepada juruterbang sekiranya berlaku kecemasan.

Kokpit Gabriel

Bagi bahagian ini, pesawat dilengkapi dengan kokpit kaca moden yang mampu memuatkan dua orang dalam satu penerbangan (juruterbang dan pembantu juruterbang).

Senjata 

BK 160 Gabriel juga dilengkapi dengan senjata seperti peluru berpandu laser atau kamera. Ia membolehkan juruterbang membuat latihan dalam operasi serangan ringan atau serangan balas (COIN).

Menurut PlaneCheck, pesawat ini mampu mencapai kelajuan maksimum 303 km/j dengan ketinggian 15,000 kaki (4,572 meter) dari paras laut.

Sumber: Airforce Technology, PlaneCheck

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?