Siakap Keli
Kereta polis bantuan
Kredit PDRM

Kereta Polis Bantuan Dibaling “Molotov Cocktail”

Kereta Polis Bantuan Dibaling “Molotov Cocktail”

KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) — Polis mengesahkan insiden kereta polis bantuan dibaling molotov cocktail berhampiran Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Mutiara Damansara di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata polis ada menerima laporan berhubung kejadian itu yang menyebabkan kenderaan terbabit hangus terbakar.

“Kami ada buat tangkapan berkaitan kejadian ini,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan, pihak polis akan mengeluarkan kenyataan mengenai insiden itu dalam masa terdekat.

BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Sumber: BERNAMA

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka