Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lelaki Maut Ditikam, Akibat Hutang RM2,500
Seorang lelaki warga Myanmar menemui ajal gara-gara hutang bernilai RM2,500.
Menurut Sinar Harian, mangsa ditikam rakamnya dalam kejadian yang berlaku di Kepong, pada Selasa.
Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari pihaknya menerima laporan tentang kejadian itu pada 4 pagi.
Laporan berkenaan dibuat oleh seorang pegawai perubatan sebuah hospital swasta.
Memetik Sinar Harian, mangsa bersama empat rakannya sedang minum arak di kawasan gelanggang bola keranjang sebelum berlaku salah faham.
“Mangsa telah ditikam di bahagian leher menggunakan serpihan botol arak oleh salah seorang suspek
“Kejadian dipercayai berpunca kerana mangsa berusia 24 tahun yang bekerja sebagai tukang masak di Banting, Selangor itu berhutang dengan suspek,” kata Ahmad Sukarno seperti dilaporkan Sinar Harian.
Mangsa kemudian dihantar ke hospital oleh rakan-rakan yang lain sebelum mereka menghilangkan diri.
BACA: Podcast Berunsurkan Persundalan Haram? Ini Jawapan Mufti Wilayah
Menurutnya lagi, sepasukan anggota D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur melaksanakan dua serbuan berdasarkan hasil maklumat yang diterima pada jam 11, hari yang sama.
Serbuan yang dibuat dilakukan di Bandar Majalara dan Cheras, Kuala Lumpur.
“Empat lelaki warga Myanmar berusia lingkungan 20-an yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri berjaya diberkas
“Kesemua suspek telah direman tujuh hari untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” jelasnya.
Sumber: Sinar Harian