Siakap Keli
Gambar: X @khairulaming

Baru Dapat Sijil MeSTI, Khairul Aming Dedah Kini Dalam Proses Dapatkan Sijil Halal Pula

Baru Dapat Sijil MeSTI, Khairul Aming Dedah Kini Dalam Proses Dapatkan Sijil Halal Pula

Sebut sahaja nama Khairul Aming atau KA sememangnya sudah tidak asing lagi dalam industri makanan tanah air.

KA merupakan pempengaruh media sosial dan usahawan terkenal menerusi dua produk, Nyet Berapi dan Dendeng Nyet Berapi.

Baru-baru ini, beliau mendedahkan kilang miliknya, Rasapop Sdn. Bhd. baru sahaja memperolehi sijil pengiktirafan Makanan Selamat Tanggungjawab Industi (MeSTI).

Menurut KA, sijil yang diperolehi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu bagi memastikan kilang mereka bersih dan mendapat kelulusan kementerian tersebut.

Ujar beliau lagi, sebelum ini ada yang bertanya, bila kilang miliknya akan mendapatkan sijil halal.

Justeru, pemerolehan sijil MeSTI ini merupakan langkah pertama ke arah mendapatkan sijil halal berkenaan.

Bagaimanapun, proses tersebut perlu dibuat secara berperingkat dan mengambil masa yang panjang.

Misalnya, mereka memerlukan tempoh dua tahun untuk mendapatkan sijil MeSTI kerana proses berjalan seiring pembinaan kilang Rasapop dari awal.

Gambar: X @khairulaming

Step by step. First dapatkan MeSTI pengiktirafan untuk pastikan kilang bersih dan selamat sebelum diluluskan oleh KKM.

“Yang ni makan masa 2 tahun lebih sebab kita buat kilang dari scratch. bukan sehari dua nak siapkan kilang sebab nak setup flow, pembelian mesin, pengubahsuaian, perbelanjaan dan sebagainya.

“Tetapi alhamdulillah KKM banyak bagi panduan selama 2 tahun lebih ni dan kita baru sahaja dapat MeSTI pengiktirafan pada 31 Januari 2024, dua hari sebelum Dendeng Nyet dilancarkan,” tulisnya dalam platform tersebut.

BACA: Khairul Aming Lancar Produk Kedua Selepas Sambal Nyet 2 Februari Ini

Selepas mendapat MeSTI, Rasapop kini memulakan proses untuk mendapatkan sijil-sijil lain pula.

Antaranya sijil Halal, Good Manufacturing Services (GMP) dan Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP) bagi membolehkan produknya dieksport ke luar.

“Itu prosedur yang kita akan lalui selepas mendapat nasihat semua pihak untuk pastikan semua proses berjalan lancar.

“Saya akan memaklumkan perkembangan kepada anda semua,” katanya lagi.

Sumber: X @Khairul Aming

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.