Siakap Keli
khairul aming produk kedua
Gambar: X @khairulaming

Khairul Aming Lancar Produk Kedua Selepas Sambal Nyet 2 Februari Ini

Khairul Aming Lancar Produk Kedua Selepas Sambal Nyet 2 Februari Ini

Nama Khairul Aming atau dikenali sebagai KA sudah tidak asing lagi dalam dunia makanan. Setelah tiga tahun bertapak dalam bidang pemprosesan sambal, pengasas kepada Sambal Nyet itu mengumumkan bakal melancarkan produk terbaharunya pada 2 Februari ini.

KA menerusi satu hantaran video di X (Twitter) menyatakan produk yang diberikan nama Dendeng Nyet Berapi itu bakal dijual menerusi siaran langsung (Live) di platform TikTok rasmi @Khairulaming pada jam 9 malam nanti.

Gambar: X @khairulaming

Katanya, sebanyak 80,000 unit produk terbaharu itu bakal dijual pada hari berkenaan.

“80,000 unit akan dijual untuk launching pada hari Jumaat (2 Februari) ini,” katanya.

Jualan Sambal Nyet Lebih Laku 40 Peratus

Menurut pempengaruh itu, pelancaran produk terbaharu berkenaan adalah hasil peningkatan jualan Sambal Nyet yang mencecah Rm20 juta, iaitu peningkatan lebih 40 peratus pada tahun 2023.

Oleh itu, hasil daripada keuntungan jualan tersebut, KA telah melabur lebih RM2 juta untuk persiapan mesin dan penambahbaikan kilang.

Difahamkan, dia berkata proses ini mengambil setahun untuk Penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk kedua tersebut termasuk persiapan kilang.

khairul aming produk kedua
Gambar: X @khairulaming

“Untuk tahun 2023, jualan Sambal Nyet mencecah Rm 20 juta, peningkatan lebih 40 peratus dari tahun 2022. Hari ini juga kita ingin mengumumkan produk kedua di bawah jenama khairulamingbrand.

“Kita telah ambil masa setahun untuk R&D produk kedua ini dan telah memakan modal lebih dari 2 juta ringgit untuk persiapan mesin dan renovation kilang.

We hope you will like it, kalau ada kekurangan boleh inform kita untuk penambahbaikan. Jumpa anda di hari launching nanti,” tulisnya.

BACA: Khairul Aming Sambut Birthday Ke-31, Wajah Di Kek Bikin Terhibur

Dendeng Berapi Nyet

Gambar: X @khairulaming

Uniknya mengenai produk kedua ini, KA menjelaskan ia menggunakan lebih banyak bahan-bahan segar berbanding produk pertama.

Dari segi prosedur, penghasilan Dendeng Nyet Berapi ini juga lebih teliti, disebabkan itu ia mengambil masa lebih setahun.

Ujarnya dalam klip itu, Dendeng Nyet Berapi bukan sekadar R&D resipi sahaja namun ia juga diperincikan dari segi mesin, packaging dan cara penyimpanan.

khairul aming produk kedua
Gambar: X @khairulaming

“Jadi proses dia bermula dengan blending, campur boiling, menggoreng, menumis berjam-jam lamanya sehingga produk tu empuk,” katanya dalam klip tersebut.

Boleh Makan Terus

Tambahnya, Dendang Nyet Berapi didatangkan dengan pek porch bag agar pelanggan mudah membawanya ke mana-mana. Lebih menarik lagi, produk ini sedia untuk dimakan (ready to eat) pada bila-bila masa.

Sumber: X @Khairulaming

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.