Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Gardenia Sahkan Produk Patuhi Spesifikasi Keselamatan Makanan Selepas Ujian Makmal

gardenia
Kredit: Gardenia KL

Produk keluaran Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia) yang menjadi perhatian susulan kebimbangan pengguna baru-baru ini disahkan mematuhi spesifikasi keselamatan makanan berdasarkan keputusan ujian makmal bebas bertauliah.

Iklan

Gardenia dalam satu kenyataan memaklumkan, keputusan ujian berkenaan mengesahkan produk terbabit memenuhi spesifikasi keselamatan makanan yang ditetapkan serta mematuhi keperluan di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan berkaitan.

Menurut kenyataan itu, pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) turut mengadakan lawatan pemeriksaan ke fasiliti pengeluaran syarikat berkenaan semalam sebagai sebahagian daripada siasatan yang dijalankan.

Gardenia berkata, pihaknya memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang proses pemeriksaan tersebut.

Malah, syarikat itu memaklumkan pihak KKM berpuas hati dengan prosedur operasi standard (SOP) serta amalan keselamatan makanan yang dilaksanakan di fasiliti pengeluarannya.

“Kami ingin memberi jaminan bahawa keselamatan makanan, kualiti produk serta kesejahteraan pengguna sentiasa menjadi keutamaan tertinggi kami.

“Kami amat menghargai kesabaran, pemahaman serta kepercayaan berterusan yang diberikan oleh para pengguna, rakan niaga dan pihak berkuasa yang berkaitan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan berkenaan dikeluarkan susulan kebimbangan pengguna yang dibangkitkan baru-baru ini berhubung beberapa produk Gardenia.

Intipati
  • Gardenia berkata ujian makmal bebas mengesahkan produk terbabit mematuhi spesifikasi keselamatan makanan.
  • Syarikat memaklumkan produk berkenaan memenuhi keperluan Akta Makanan 1983 dan peraturan berkaitan.
  • Pegawai KKM menerusi PKD turut memeriksa fasiliti pengeluaran Gardenia sebagai sebahagian siasatan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan