Siakap Keli
Faedah Perkeso RM5.73 billion

Pembayaran Faedah Perkeso Kepada Orang Berinsurans Dan Orang Tanggungan Cecah RM5.73 Bilion

Pembayaran Faedah Perkeso Kepada Orang Berinsurans Dan Orang Tanggungan Cecah RM5.73 Bilion

JOHOR BAHRU: Aliran fiskal Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang cemerlang meningkatkan lagi kemampanan dana dan kemampuan pembayaran faedah kepada Orang Berinsurans (OB) termasuk tanggungan PERKESO kepada RM5.73 bilion pada tahun 2023 berbanding RM5.1 bilion tahun sebelumnya. 

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong memaklumkan prestasi kewangan berakhir tahun 2023 adalah yang terbaik sejak ianya ditubuhkan pada 1971 dengan anggaran lebihan mencecah RM1.8 bilion iaitu peningkatan sebanyak 50 peratus ataupun 1.5 kali ganda berbanding tahun sebelumnya. 

Jelasnya lagi, kejayaan ini didorong pencapaian kewangan PERKESO pada 2023 yang merekodkan pertumbuhan positif dalam segenap aspek mengatasi tahun sebelumnya melalui hasil pendapatan caruman dan penguatkuasaan yang menyaksikan pertumbuhan positif sebanyak 14 peratus serta peningkatan pendapatan pelaburan kasar kepada 27 peratus dengan Return On Investment (ROI) melebihi enam peratus. 

Faedah Perkeso RM5.73 billion

“Ia adalah hasil langkah proaktif PERKESO dalam meningkatkan perlindungan kepada pekerja di Malaysia antaranya penguatkuasaan peningkatan siling gaji yang diinsuranskan dan pindaan Akta Kerja 1955 berkaitan liputan bayaran kerja lebih masa. PERKESO juga digalakkan untuk meneroka bentuk perlindungan baharu seperti perlindungan di luar kerja (no fault accident) serta memperkasa mutu tadbir urus dan perkhidmatan secara holistik dalam memastikan perlindungan yang lebih mampan dan universal,” katanya selepas menghadiri Program Kesuma MADANI Tahun Baru Cina anjuran PERKESO di Johor Bahru hari ini. 

“Malah, prestasi kewangan yang baik dan ruang fiskal yang lebih dinamik membolehkan PERKESO untuk menampung pemerluasan faedah dan menyuntik pelaburan semula bagi tujuan penerapan pelbagai teknologi, demi manfaat dan capaian perkhidmatan dalam kalangan pencarum. Ini merupakan antara sebahagian kesan limpahan (spillover effect) daripada keutuhan kewangan yang dicatatkan PERKESO,” katanya lagi. 

Faedah Perkeso RM5.73 billion

Dalam majlis yang sama, PERKESO juga telah melancarkan modul tambahan aplikasi PRIHATIN dalam usaha memudahkan Orang Berinsurans (OB) berurusan dengan PERKESO. Aplikasi PRIHATIN yang baharu ditambahbaik ini akan membolehkan pengguna untuk menyemak dan memuat turun penyata caruman, pendaftaran Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS), pengiraan faedah, memperoleh informasi umum dan mengakses Sahabat Prihatin. Aplikasi ini juga akan dikemaskini untuk tahun 2024 meliputi Rehab Navigator iaitu penghantaran barangan perubatan termasuk produk Lindung+ dan pasaran keselamatan sosial. Portal Matrix PERKESO yang kini dikenali sebagai laman web PRIHATIN juga akan ditambah baik untuk memiliki fungsi yang sama melalui laman web. 

Terdahulu, Program Kesuma MADANI Tahun Baru Cina anjuran PERKESO menyaksikan seramai 145 orang yang terdiri daripada 40 ibu tunggal, 90 anak yatim dan 15 penerima faedah turut diberikan sumbangan berupa hamper, wang raya dari seluruh Johor dengan jumlah keseluruhan bernilai RM164,696.

Faedah Perkeso RM5.73 billion

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.