Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
thailand had umur jenayah
Gambar: The Thaiger

Thailand Pertimbang Rendahkan Had Umur Kesalahan Jenayah Kepada 14 Tahun

Iqbal Yasir

Thailand Pertimbang Rendahkan Had Umur Kesalahan Jenayah Kepada 14 Tahun

BANGKOK — Polis Diraja Thailand (RTP) kini dalam proses mempertimbangkan cadangan menurunkan had umur hukuman jenayah daripada 15 tahun kepada 14 tahun susulan peningkatan kes jenayah di negara itu, lapor The Thaiger.

Menurut jurucakapnya, Leftenan Jeneral Polis Achayon Kraithong memaklumkan, RTP menerusi Ketua Polis Negara itu, Jeneral Torsak Sukvimol telah memberikan mandat untuk berkolaborasi dengan agensi berkaitan bagi mengkaji semula secara menyeluruh had umur minimum pelaku jenayah.

Langkah ini sebagai alternatif bagi membendung kes jenayah yang kian meruncingkan pihak berkuasa Thailand.

“Keadaan ini berikutan dengan dua insiden yang mengejutkan ramai pihak iaitu seorang budak lelaki berusia 14 tahun melepaskan tembakan rambang terhadap orang awam dalam satu kejadian di pusat beli-belah di Siam Paragon.

“Manakala kes kedua melibatkan seorang wanita dibunuh kejam oleh sekumpulan pemuda di wilayah Sa Kaeo,” katanya.

Tambah Achayon, statistik jenayah melibatkan golongan muda berusia 10 hingga 18 tahun semakin membimbangkan sejak beberapa tahun ini.

BACA: Siap Ada Meja Sendiri, Kucing Dibawa “Fine Dining” Tengok Menu Pun Rasa Mewah

Sebanyak 11,866 kes jenayah juvana direkodkan antara tahun 2016 hingga 2023, ia termasuk 1,645 diklasifikasikan sebagai kesalahan berat, 4,318 sebagai jenayah kekerasan dan 5,903 sebagai jenayah harta benda, lapor portal Bangkok Post.

“Akibatnya, RTP dan agensi berkaitan telah mencapai kata sepakat berhubung pelarasan julat umur bagi kesalahan juvana yang tertakluk kepada hukuman undang-undang,” katanya lagi.

Beliau turut menyokong cadangan pengurangan had umur kesalahan itu di bawah Seksyen 74 Kanun Keseksaan berkenaan selain penguatkuasaan yang lebih ketat di bawah Seksyen 97 Perenggan 2 Mahkamah Juvana dan Keluarga serta Akta Prosedur Kes Juvana dan Keluarga 2010.

Mengulas lebih lanjut, Achayon berkata jika pindaan tersebut diluluskan, ia akan memberi kuasa kepada Mahkamah Juvana dan Keluarga Pusat untuk memindahkan kes melibatkan pesalah muda ke mahkamah biasa berdasarkan kematangan fizikal dan mental tertuduh sama ada setanding dengan mereka yang berumur 18 tahun ke atas.

Sehubungan itu, Achayon menegaskan RTP telah bersiap sedia bagi membentangkan cadangan ini secara rasmi kepada Kementerian Kehakiman dan organisasi berkaitan dalam masa terdekat.

Sumber: The Thaiger

BACA: Apa Hukum Kunyah 40 Kali, Jilat Jari Selepas Makan? Ini Penjelasan Mufti