Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
presiden indonesia dua penggal
Kredit: Liputan6

Ini Sebab Presiden Indonesia Tak Boleh Berkhidmat Lebih Dua Penggal

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Ini Sebab Presiden Indonesia Tak Boleh Berkhidmat Lebih Dua Penggal

Indonesia telah menjalani salah satu detik penting untuk masa depan negara tersebut iaitu memilih tampuk kepimpinannya pada 14 Februari 2024.

Pada sesi Pemilihan Umum (Pemilu) 2024, banyak kerusi yang dipertandingkan pada setiap peringkat. Sudah semestinya, kerusi yang paling mendapat perhatian dari seluruh Indonesia Raya adalah kerusi bagi calon Presiden berserta timbalannya.

Sesiapa yang memenangi kerusi ini, sudah semestinya diberikan mandat oleh rakyat Indonesia untuk menjadi orang pertama di dalam negara tersebut.

Seperti yang kita maklum, Pemilu 2024 kali ini menyaksikan persaingan tiga penjuru dari tiga gabungan parti politik utama di Indonesia.

Antara calon yang bertanding adalah Anies-Muhaimin dari Koalisi Perubahan, Prabowo-Gibran dari Koalisi Indonesia Maju dan Ganjar-Mahfud dari Kerjasama Parti Politik.

Setakat ini, Prabowo-Gibran dipercayai telah memenangi kerusi tersebut secara tidak rasmi berdasarkan hasil quick count.

Namun, keputusan rasmi hanya akan dapat diketahui pada 20 Mac depan.

Kenapa Jokowi tidak bertanding untuk kerusi Presiden sekali lagi?

Sebagai rakyat negara jiran yang prihatin, kita semestinya tertanya-tanya mengapa Presiden Indonesia pada masa kini iaitu Jokowi tidak bertanding lagi bagi kerusi tersebut.

Kita sebagai rakyat Malaysia yang tinggal dalam pemerintahan demokrasi dan raja berperlembagaan mungkin kurang memahami sistem pemerintahan republik di Indonesia.

Secara lazimnya, negara republik diketuai oleh satu-satunya pemimpin de facto bagi satu masa dan kekuasaannya tidak digugat mana-mana kuasa lain seperti kerabat diraja, aristokrat dan sebagainya.

Oleh sebab itu, amat penting bagi meletakkan undang-undang yang jelas dalam perlembagaan bagi mengelakkan Presiden mengamalkan pemerintahan diktator dan seterusnya menutup peluang bagi warga Indonesia lain untuk memegang tampuk kepimpinan negara.

Joko Widodo telah mula memegang jawatan Presiden Republik Indonesia bermula pada tahun 2014 selepas memenangi kerusi berkenaan dalam Pemilu 2014.

Seterusnya, beliau sekali lagi memenangi kerusi yang sama pada 2019 dan menjadikan tempoh perkhidmatannya sebagai Presiden selama 10 tahun.

Apabila segelintir rakyatnya meminta beliau untuk bertanding buat kali ketiga, Jokowi menolak kerana perkara tersebut melanggar perlembagaan negara.

Beliau menegaskan bahawa dirinya taat pada tuntutan Perlembagaan dan tidak akan menurut kehendak dan desakan agar beliau terus kekal memimpin negara itu untuk penggal ketiga.

Mengikut perlembagaan Indonesia, seseorang Presiden hanya dibenarkan untuk memegang jawatan itu selama dua penggal. Ini yang menjadikan tempoh pemerintahan maksimum bagi seseorang Presiden di Indonesia hanyalah 10 tahun.

Perlembagaan berkenaan telah dipinda selepas kejatuhan Presiden Suharto yang memerintah secara diktator iaitu, selama 32 tahun. Sebelum itu, Indonesia juga dipimpin oleh Presiden Sukarno yang memerintah selama 21 tahun.

Selepas pemerintahan dua presiden dalam jangka masa yang agak lama, akhirnya negara berkenaan membuat keputusan untuk meletakkan had tempoh pemerintahan bagi seseorang Presiden.

BACA: Unik, Rakyat Indonesia Mengundi Pakai Paku & Bukannya Pen

Sumber: Astro Awani, Detik, Sinar Harian