JDT “Pinang” Romel Morales
JOHOR BAHRU — Penyerang naturalisasi Harimau Malaya, Romel Morales kini sah menjadi milik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), lapor Awani.
Spekulasi mengenai perpindahan bekas pemain Kuala Lumpur City Football Club (FC) itu akhirnya terungkai apabila Morales muncul dalam klip dengan mengenakan jersi juara Liga Super 10 kali berturut-turut itu pada malam tadi.
Menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi JOHOR Southern Tigers, Morales memakai jersi bernombor 19 yang dipakai oleh Akhyar Rashid sebelum ini.
Karier Bola Sepak Romel Morales
Untuk maklumam, Morales yang berusia 26 tahun itu pernah bersama kelab bola sepak Malaysia sebelum ini termasuklah PKNS FC, Melaka United dan Kuala Lumpur City.
Pemain kelahiran Colombia itu kemudiannya telah dinaturalisasikan ke dalam skuad kebangsaan pada 19 Disember lalu.
Dia yang masuk sebagai pemain simpanan menjadi wira skuad Harimau Malaya apabila berjaya mengikat Korea Selatan 3-3 dengan gol penyamaan dramatiknya dalam aksi terakhir peringkat kumpulan Piala Asia di Qatar bulan lalu.
BACA: Tun Abdul Taib Mahmud Meninggal Dunia
https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/934563931614438/
Malaysia Ikat
Pada 25 Januari lalu, Malaysia berjaya mengikat pasukan ranking 23 dunia itu dengan keputusan 3-3 di Stadium Al Janoub, Qatar.
Dalam perlawanan itu, Korea Selatan mendomonasi perlawanan tersebut dengan pemain tengah, Jeong Woo-yeong membuka jaringan pada mini ke-17. Gol tunggal tersebut bertahan sehingga tamat separuh masa pertama.
Walau bagaimanapun, skuad Kim Pan Gon turun dengan aksi yang lebih menyakinkan dan gol penyamaan terhasil menerusi gelecekan cantik Faisal Halim pada minit ke-51.
Malaysia kemudiannya mendahului Korea 2-1 apabila meraih sepakan penalti selepas Aiman Mohd Hanapi dikasari pertahanan lawan. Arif Aiman tenang menyudahkan sepakan penalti tersebut.
Namun, kegembiraan penyokong ekor Harimau Malaya tidak bertahan lama apabila pemain Paris-Saint German, Lee Kang-in menyamakan kedudukan.
Bintang PSG itu berjaya menyumbat gol kedua itu menerusi sepakan percuma cantik.
Perlawanan semakin mendebarkan apabila Korea Selatan dihadiahkan penalti pada masa kecederaan. Son Heung-min kemudian menjalankan tanggungjawabnya untuk membolehkan Korea Selatan kembali di depan.
Ketika perlawanan seakan-akan berkesudahan 3-2, pemain gantian, Romel Morales muncil wira apabila menyamakan kedudukan 3-3 pada penghujung masa kecederaan.
Sumber: Astro Awani, JOHOR Southern Tigers