Siakap Keli
baik buruk mata wang lemah
Gambar: AFP

Yang Baik & Yang Buruk Bila Mata Wang Lemah Anda Kena Tahu

Yang Baik & Yang Buruk Bila Mata Wang Lemah Anda Kena Tahu

Mata wang lemah merujuk kepada nilai mata wang sesebuah negara yang menurun berbanding nilai mata wang negara lain.

Biasanya, mata wang lemah seringkali dianggap berpunca daripada asas ekonomi dan sistem tadbir urus sesebuah negara yang lemah.

Bagaimanapun, ada juga situasi dimana mata wang lemah kerana sesebuah negara mahu meningkatkan eksportnya.

Umumnya, mata wang menjadi lemah atau kukuh bergantung kepada banyak punca, namun asas ekonomi memainkan watak yang utama.

Macam mana nak memahami mata wang lemah?

Asas ekonomi yang lemah selalu berkongsi karakter yang sama. Antaranya masalah inflasi yang tinggi, akaun semasa kerajaan yang kronik dan belanjawan defisit serta pertumbuhan ekonomi yang lemah.

Selain itu, negara dengan mata wang lemah juga mungkin mempunyai nilai import yang lebih tinggi berbanding eksport.

Lanjutan daripada itu, ia menghasilkan lebih banyak bekalan daripada permintaan untuk mata negara wang tersebut di pasaran pertukaran asing antarabangsa sekiranya didagangkan secara bebas.

Yang baik dan yang buruk apabila mata wang menjadi lemah

Situasi mata wang yang lemah dalam pada itu turut mempunyai kebaikan dan keburukan tersendiri.

Mata wang yang lemah dapat membantu sesebuah negara menambah pasaran eksport.

Situasi itu boleh berlaku apabila produk yang dikeluarkan oleh negara dengan mata wang lemah menjadi lebih murah berbanding harga produk yang sama dalam pasaran negara dengan mata wang yang lebih kukuh.

Pertambahan jualan mungkin dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan menawarkan lebih banyak pekerjaan.

Manakala keuntungan syarikat negara tersebut yang berdagang dalam pasaran asing akan meningkat.

Bagaimanapun, mata wang yang lemah juga boleh meningkatkan inflasi dalam negara.

Misalnya, pengguna perlu mengeluarkan lebih banyak duit untuk membeli sesuatu produk, kerana nilai mata wang menyusut. Lebih-lebih lagi jika produk tersebut diimport dari negara dengan mata wang yang lebih kukuh.

Sesebuah negara dengan mata wang yang lemah dan aktiviti importnya lebih tinggi daripada eksport, risiko untuk inflasi melonjak naik boleh berlaku.

Mata wang memulih sendiri, adakalanya memerlukan campur tangan

Biasanya, nilai mata wang sesebuah boleh mengukuh kembali atau kembali menjadi normal dengan sendiri.

Bagaimanapun dalam keadaan tertentu, ia memerlukan campur tangan dari segi polisi dan pendekatan ekonomi oleh pihak berwajib.

BACA: Hairan, Macam Mana Dolar Amerika Boleh Jadi Mata Wang Dunia? Ini Jawapannya

Sumber: Investopedia, The Bussiness Professor, Josiah R. Baker

Athirah

When nothing goes right, go left.