Kongsi Karier Lakonan, Tapi Slang “English” Jalaludin Hassan Jadi Tumpuan
Seperti yang diketahui bidang lakonan tanah air telah melahirkan ramai selebriti yang rata-ratanya berjaya menempah nama sama ada diperingkat tempatan mahupun global.
Setiap daripada mereka mempunyai perwatakan dan karekter yang berbeza. Ada si antara mereka yang gemar mengenakan pelbagai gaya fesyen malah ada yang hidup bersahaja tidak ubah seperti orang biasa.
Baru-baru ini, dalam video temu bual yang dilakukan oleh TikTok @alexey brock, dia sempat bertanyakan beberapa soalan sewaktu bersama salah pelakon legenda tanah air, Datuk Jalaludin Hassan.
Tak Berminat Dengan Bidang Lakonan

Apabila ditanya tentang perjalanannya dalam menceburi dunia seni, Jalaluddin berkata sudah lebih tiga dekad beliau bergelar anak seni.
Berkongsi perjalanan hidupnya dalam bidang lakonan, beliau mendedahkan telah berkecimpung dalam dunia lakonan lebih daripada 30 tahun.
Dalam temu bual tersebut, Jalaluddin menggunakan bahasa kedua, iaitu bahasa Inggeris untuk berkomunikasi bersama lelaki tersebut,
Tambah pelakon berusa 70 tahun itu, dia memulakan karier agak lewat berbanding rata-rata pelakon zaman sekarang, sekitar pertengahan umur 30.
“Apa yang boleh saya katakan adalah saya bermula sedikit lewat, pertengahan 30-an.
“Saya telah menempuh pelbagai cabaran, waktu-waktu sukar untuk meletakkan diri saya dalam tumpuan ramai sekarang,” ujarnya dalam klip berkenaan.
BACA: Detik-Detik Puting Beliung Landa Bandung
Lebih mengejutkan pada awalnya, beliau mendedahkan tidak mempunyai keinginan menjadi seorang pelakon, sebaliknya mahu menceburi bidang nyanyian.
“Tetapi, sesuatu mengubah fikiran saya apabila saya berumur 17 tahun, untuk melibatkan diri dalam bidang lakonan ini kerana saya rasa ia lebih memberikan cabaran. Cuba untuk menjadi orang lain, itu adalah bahagian paling sukar.
“Awak perlu tahu, apa niat sebenar dalam diri. Hanya untuk menjadi popular? Sekiranya saya mempunyai impian seperti itu, saya rasa saya tidak akan bertahan lama.
” Ia perlu dilakukan dengan jujur, segalanya adalah tentang seni lakonan, menyokong industri dalam negara sendiri,” katanya.
Ditanya mengenai mengenai kemunculan pertama di kaca televisyen, Jalaludin memberitahu, beliau pertama kali muncul di televisyen menerusi sitkom di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

“Ia bukanlah sebuah filem, tetapi cuma sebuah sitkom di RTM yang dinamakan Santan Berlada. Ia adalah kemunculan pertama saya dan saya berfikir saya tengah memegang tombak.
“Saya berfikir ia cuma itu sahaja, tetapi saya diberikan dialog. Saya mendapat pelbagai tawaran daripada RTM selepas itu. Mereka sangat terkejut,” katanya.
Sedap Pula Datuk “Speaking”
Menjengah ke ruangan, menariknya rata-rata netizen lebih tertarik dengan kefasihan Datuk dalam berturut dalam Bahasa Inggeris berbanding temu bual itu.
“Style datuk Jalal bercakap memang ade class punya orang,” komen seorang pengguna.
“Wowwww saya baru tahu datuk pandai speaking sedap pula tu slangnya,”komen seorang lagi pengguna.
“Video ni akan FYP sebab speaking datuk je,” kata seorang lagi pengguna.
“His voice is actually a lot like Patrick Stewart + Ian McKellen. Very soothing,” komen pengguna lain.
@alexey.brock 🇲🇾🎥Datuk Jalaludin Hassan was kind to share part of his interesting story. The famous Malaysian actor that many know never went to any acting school and has learned and struggled all on his own; watching videos on the acting craft and most importantly having the passion that drove him to where Datuk is today. 🙏✨A very inspiring interview that shows how starting late or not having the best education sometimes isn’t an excuse when the Dream is there. Terima kasih🙏 #Actor #Malaysian #Interview #Life #Story
Sumber: TikTok @alexey.brock