Puting Beliung Landa Bandung, Akibatkan Kerosakan Besar
BANDUNG — Badan Penangguhan Bencana Daerah (BPBD) Jawa Barat memaklumkan puting beliung yang melanda wilayah daerah Bandung dan Sumedang semalam mengakibatkan kerosakan yang teruk di kawasan berkenaan, lapor CNN Indonesia.
Menurut laporan, sebanyak tiga wilayah yang terjejas teruk akibat bencana alam itu di Bandung termasuk Cicalengka, Cileunyi dan Rancaekek.
Manakala di Sumedang pula, terdapat dua kecematan yang dilaporkan terjejas iaitu Jatinagor dan Cimanggung.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Perhubungan Awam BPBD, Jabar Hadi Rahmat, di mana sekurang-kurangnya 32 penduduk cedera akibat kejadian tersebut.
Sementara itu, sebanyak 735 keluarga dan 116 bangunan terjejas susulan tragedi itu, memetik Kompas.com.
“Di daerah Sumedang, 13 unit bangunan dan 10 rumah penduduk terjejas. Sementara di Bandung empat bangunan dan 47 rumah penduduk terjejas.
“Di Bandung, jumlah penduduk yang cedera adalah seramai 19 orang. Mereka kini sedang mendapatkan rawatan di Rumah Sakit Umum Daerah Cicalengka dan RSKK,” katanya.
Difahamkan, angin puting beliung itu mula terbentuk di Jatinangora atau di sempadan Sumedang sekitar jam 4 petang waktu tempatan.
Kejadian itu meninggalkan impak kerosakan yang teruk termasuklah atap-atap rumah berterbangan dan pagar roboh di sekitar kawasan Rancaekek, Bandung.
BACA: Tiga Fosil Haiwan Prasejarah Yang Berbeza Ditemui Di Khon Kaen
Menurut Timbalan Meteorologi BMKG, Guswanto berkata, hujan lebat juga berlaku di sekitar kawasan berkenaan berdasarkan pemantauan pihaknya.
Dalam pada itu, Ketua Stesen Kimatologi Jawa Barat, Rakhmat Prasetia turut memberitahu terdapat beberapa faktor yang menyebaban bencana ini berlaku termasuklah keadaan suhu permukaan laut di sekitar Indonesia.
“Suhu permukaan laut di sekitar Indonesia agak panas, ia menyokong kepada peningkatan bekalan wap air ke kawasan darat Indonesia termasuk Jawa Barat.
“Perkara itu ditambah dengan kelembapan udara pada lapisan 850 hingga 500mb yang agak basah iaitu 45 hingga 95 peratus,” ujarnya.
Selain itu, peredaran siklus di Lautan Hindi sebelah barat Pulau Sumatera juga mengakibatkan terbentuknya kawasan titik neutral dengan kawasan pertemuan angin perlahan (convergence) dan berputar (shearline) di sekitar kawasan Jawa Barat.
“Keadaan tersebut mengakibatkan pertumbuhan awan di kawasan tumpuan dan selekoh angin,” katanya.
Berikut SK kongsikan antara sorotan puting beliung yang melanda kawasan berkenaan;
Whoahhh!!
A massive #tornado hit #Rancaekek, West Java in Indonesia this afternoon 🌪️
I’ve stitched together 4 video clips- credit to the people who took them 🙏 pic.twitter.com/u25ICPrf4S
— Volcaholic 🌋 (@volcaholic1) February 21, 2024
Terjadi peristiwa angin puting beliung di perbatasan Kabupaten Bandung dan Sumedang, Jawa Barat tepatnya di kawasan Rancaekek pada Rabu (21/2/2024) sore ini.
Sejumlah bangunan rusak hingga puing-puing terbawa angin sampai beterbangan. Tak hanya itu, sejumlah pohon-pohon juga… pic.twitter.com/SzPu7AJwvA
— inilahcom (@inilahdotcom) February 21, 2024
Angin puting beliung terjadi di wilayah Jatinangor, Jawa Barat, Rabu (21/2) sore. Puting beliung itu juga menyebabkan rumah penduduk rusak dan sejumlah pohon tumbang. https://t.co/PWMMiQktgw #CNNIndonesia pic.twitter.com/TSsZwRSbRZ
— CNN Indonesia (@CNNIndonesia) February 21, 2024
Sumber: CNN Indonesia