Siakap Keli
cara mandikan pesakit terlantar
Gambar: TikTok Alifr0z

Tak Perlu Bawa Ke Bilik Air, Lelaki Tunjuk Cara Mandikan Pesakit Terlantar

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tak Perlu Bawa Ke Bilik Air, Lelaki Tunjuk Cara Mandikan Pesakit Terlantar

Menjaga orang sakit bukanlah satu perkara yang mudah, lagi-lagi jika kesayangan anda yang asalnya mampu bergerak bebas tiba-tiba terlantar di katil disebabkan masalah kesihatan yang dialaminya.

Bagi seorang individu yang baru sahaja menghadapi situasi itu, sudah semestinya terdapat kesukaran untuk mengadaptasi dalam rutin kehidupan baharu.

Ramai penjaga yang memandikan pesakit dengan membawanya ke bilik air terlebih dahulu. Mereka akan membawa pesakit dengan kerusi roda dan sebagainya untuk memudahkan pergerakan.

Sungguhpun begitu, perkara ini agak sedikit sukar jika penjaga tersebut terlalu letih ataupun memiliki kudrat yang agak lemah.

Sebenarnya kita boleh memandikan orang yang sakit terlantar di katil, tanpa perlu membawanya ke bilik air. Jika anda terlalu penat dan tidak larat, anda boleh memandikan mereka hanya di katil sahaja.

Pengguna TikTok yang dikenali dengan nama Alif (@alifr0z) telah menunjukkan cara bagaimana untuk memandikan pesakit yang terlantar di katil, tanpa membawanya ke bilik air.

@alifr0z

Left my 9-5 corporate job to take care of my bedridden mak and it’s the best decision I’ve ever made. Sumpah lagi puas jaga sendiri. #adayinmylife #caregiver #caretaker #Bedridden

♬ Oke work that imaged the Ghibli-like forest – CRAFT SOUND STUDIO

Alif Rosehaizad berkongsi tip ini selepas berpengalaman memandikan ibunya yang terlantar di katil hampir setiap hari, sejak Jun 2022.

Bagi kaedah ini, anda perlu dua baldi dan tiga tuala kecil. Satu baldi digunakan untuk mengisi air paip biasa manakala, lagi satu baldi digunakan untuk mengisi air yang mengandungi sabun.

Letak satu tuala kecil pada baldi yang berisi air paip dan satu lagi tuala kecil di dalam baldi yang berisi air bercampur sabun, Tuala kecil ketiga pula dibiarkan kering untuk mengelap anggota badan yang telah dibersihkan sehingga kering.

Menurut Alif, cara mandikan pesakit yang berada di atas katil agak mudah. Pertama, lapkan anggota badan dengan menggunakan air bercampur sabun dan kemudian, lapkan bahagian yang sama dengan tuala kecil pada baldi yang berisi air paip.

Apabila bahagian tersebut telah dibersihkan, lapkan anggota badan yang basah dengan menggunakan tuala kering.

“Kita nak mula dari mana dulu?”, Pemuda kongsi cara mandikan pesakit di atas katil

Alif berkata, sebaik-baiknya kita mula memandikan pesakit pada bahagian kepala terlebih dahulu dan diikuti dengan kedua-dua belah tangannya.

Jika pesakit memakai lampin, buka lampin terlebih dahulu dan biarkan. Basuh pada bahagian depan berserta kedua-dua belah kaki.

Seterusnya, kita akan beralih pada bahagian yang agak sedikit rumit, iaitu membasuh pada bahagian belakang pesakit.

“Sediakan lampin baharu dan letakkan di bawah lampin yang telah digunakan. Gulungkan lampin lama dan pusingkan badan pesakit (agar bahagian belakang menghadap kita). Gunakan tisu basah untuk membersihkan bahagian kemaluan,” katanya.

Kredit: TikTok

Apabila bahagian belakang telah siap dibersihkan, lakukan perkara yang sama pada sisi yang berlawanan. Setelah selesai membersihkan pada bahagian belakang pesakit, gulungkan lampin lama dan buangkannya ke dalam tong sampah.

Lampin baharu yang diletakkan di bawah badan pesakit tadi boleh dipakaikan pada pesakit seperti biasa. Dengan ini, anda selesaikan memandikan orang kesayangan anda, tanpa perlu membawanya ke bilik air.

Kredit: TikTok

“Kalau buat dengan betul, mandikan atas katil pun boleh bersihkan dan segarkan orang tersayang,” kata Alif.

Untuk memahami kaedah dengan lebih jelas, anda boleh menonton video di bawah.

@alifr0z

Kalau buat dengan betul, mandikan atas katil pun boleh bersihkan dan segarkan orang tersayang! #caregiver #Bedridden #nurselife #adayinmylife

♬ Will to Live – Jacob Yoffee

Hasilkan kandungan TikTok untuk membantu orang ramai yang menjaga orang sakit

Berkongsi kepada SK, Alif pernah bekerja sebagai seorang pengurus komunikasi strategik di sebuah agensi kerajaan sebelum ibunya mulai jatuh sakit pada Jun 2022.

Setahun kemudian, beliau telah berhenti kerja dan mengambil keputusan untuk menjaga ibunya secara sepenuh masa pada Jun 2023.

Ketika ibunya jatuh sakit pada 2022, Alif telah mula berkongsi pengalaman menjaga ibunya kepada pengikut di laman TikTok.

Beliau memulakan akaun tersebut kerana dirinya turut merasai perasaan lost ketika mula mengadaptasi dalam rutin kehidupan baharu sebagai seorang penjaga pesakit yang terlantar di katil.

“Tujuan saya mulakan akaun ni sebab saya pun lost masa mak saya baru sakit, dan perlu banyak research dan ‘trial and error’ sendiri, jadi saya harap siapa yang jumpa akaun saya tak rasa lost dan keseorangan dan boleh jadikan content saya sebagai rujukan untuk menjaga,” katanya.

Secara umumnya, Alif menasihati orang ramai, khususnya yang menjaga orang kesayangan untuk sentiasa mendapatkan rehat yang mencukupi.

“Nasihat untuk mereka yang menjaga orang sakit ialah untuk tak rasa bersalah kalau kita penat, sedih atau marah sebab kita juga hanya manusia biasa, cuba bincang dengan ahli keluarga lain untuk tolong supaya kita ada masa untuk diri sendiri juga,” kata Alif kepada SK.

Beliau turut menasihati orang ramai untuk mendapatkan rujukan sebelum menjaga orang sakit, seperti checklist barang, cara-cara penjagaan dan sebagainya.

Anda boleh mengikuti  Alif menerusi akaun TikToknya (@alifr0z) bagi melihat perjalanannya dalam menjaga ibunya serta tip-tip untuk memberikan penjagaan yang terbaik buat orang tersayang.

BACA: Jangan Main “Modified”, Ini Spesifikasi Nombor Plat Yang Dibenarkan JPJ

Sumber: alifr0z via TikTok

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma