“Jumlahnya Sangat Banyak,” Tular Ratusan Ikan Lumba-Lumba Di Banyuwangi
Satu video tular memaparkan ratusan ikan lumba-lumba di kawasan persisiran perairan Pancer, Banyuwangi di Indonesia.
Berdasarkan laporan Detik, apa yang dilakukan oleh sekumpulan haiwan mamalia itu adalah satu fenomena yang luar biasa dan tidak pernah dilihat sebelum ini.
Fenomena berkenaan telah berjaya dirakam dalam satu video yang berdurasi 21 saat dan kemudiannya dikongsikan menerusi akaun Instagram @enak.dolan.
Seterusnya, video yang memaparkan fenomena ganjil itu turut dikongsikan beberapa pengguna sehingga menjadi tular di media sosial.
Pemilik akaun @enak.dolan, Mismawati telah mengesahkan kejadian tersebut ketika dihubungi pihak Detik Jatim. Wanita berkenaan berkata memang ada ratusan ikan lumba-lumba yang muncul di kawasan Pantai Mustika Pancer.
Menurut Mismawati yang turut dikenali dengan nama Cici, video yang memaparkan sekawan ikan lumba-lumba itu diambil pada Ahad, 18 Februari lalu.
Manakala, video berkenaan telah diambil oleh salah seorang ahli keluarganya ketika sedang memancing di perairan Pancer.
“Yang merakam detik-detik itu adalah ahli keluarga saya ketika sedang memancing di Perairan Pancer,” ujar wanita asal Sidoarjo.
Ketika dihubungi pada Khamis (22 Februari), Cici memaklumkan bahawa dirinya telah mendapat video tersebut daripada ahli keluarganya yang bernama Rama.
Wanita itu menjelaskan bahawa dirinya kerap mengunjungi rumah saudaranya itu dan beberapa kali berkunjung ke kawasan perlancongan seperti Pantai Wedi Ireng dan Pulau Bedil.
Setiap keli melewati perairan Pancer, Cici kerap menjumpai ikan lumba-lumba tetapi jumlahnya hanya dianggarkan dalam beberapa ekor.
“Tapi berdasarkan video yang dikirimkan saudara saya, jumlahnya sangat banyak. Berkemungkinan sedang bermigrasi,” ujar Cici.
Ketika kali pertama melihat ikan lumba-lumba, Cici mengaku bahawa dirinya sudah jatuh cinta terhadap haiwan akuatik itu. Oleh sebab itu, dia sering mengajak saudaranya, Rama untuk berjalan-jalan mengunjungi tempat perlancongan di Banyuwangi.
“Kata nelayan tempatan, di situ memang banyak lumba-lumba
“Biasanya, kalau tak muncul waktu pagi, ia akan muncul menjelang waktu malam,” kata Cici.
BACA: Tak Perlu Bawa Ke Bilik Air, Lelaki Tunjuk Cara Mandikan Pesakit Terlantar
Sumber: Detik Jatim