Siakap Keli

Mayat Wanita Muda Ditemukan Terapung Di Lombong

MAYAT WANITA MUDA DITEMUKAN TERAPUNG DI LOMBONG

IPOH, 24 Feb (Bernama) — Mayat seorang wanita yang dipercayai baru meninggal dunia ditemukan terapung di permukaan tepi lombong di Lombong Bandar Lahat Mines di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan bagi membantu pihak polis mengambil mayat seorang wanita pada kira-kira pukul 10.20 pagi.

“Kami segera mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh ke lokasi kejadian dan mayat ditemukan dalam keadaan berpakaian lengkap, dan kad pengenalan juga ditemukan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata operasi tamat pada pukul 11.24 pagi dan mayat telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Sumber: BERNAMA

Athirah

When nothing goes right, go left.