Siakap Keli
ular terbesar di dunia
Kredit Jam Press

Hampir Seberat 200kg, Profesor Tenang Berenang Sekali Dengan Ular Terbesar Di Dunia

Hampir Seberat 200kg, Profesor Tenang Berenang Sekali Dengan Ular Terbesar Di Dunia

Ular terbesar di dunia dilapor berjaya ditemui ketika berenang di dasar sungai Hutan Hujan Amazon baru-baru ini.

Memetik The Sun, ular gergasi itu dianggarkan memiliki berat 440 paun (199.5 kilogram) atau tiga kali ganda melebihi berat manusia biasa serta berukuran 7.62 meter panjang.

Difahamkan, anakonda spesies Hijau Utara yang juga spesis baru itu ditemui oleh penyampai rancangan tv hidupan liar yang juga penyelidik, Profesor Freek Vonk di kawasan terpencil di sebatang sungai di Brazil.

Penemuan itu mengatasi rekod ular terbesar iaitu ular sawa sepanjang 20 kaki dan 5 inci yang ditemui sebelum ini.

Sebelum penemuan itu dibuat, hanya satu spesies Anakonda Hijau atau dipanggil juga sebagai Anakonda Gergasi sahaja yang diiktiraf di hutan hujan tersebut.

Menurut The Sun, penemuan ular gergasi Anakonda Hijau Utara itu diterbitkan dalam jurnal ‘Anakonda Hijau Utara’ dalam Diversity pada 16 Februari lepas.

Rakaman Profesor Vonk bersama ular gergasi itu berjaya dirakam

Sementara itu, rakaman yang menunjukkan Vonk berenang bersama ular berkenaan turut menjadi tular di media sosial.

ular terbesar di dunia
Kredit Jam Press

Menurut Vonk, penemuan anakonda hijau terbesar di dunia berkenaan dibuat melalui kerjasama 14 orang saintis daripada sembilan buah negara.

“Apa yang kita tahu tentang ular gergasi menerusi filem-filem dan cerita-cerita, sebenarnya adalah dua spesis yang berbeza.

ular terbesar di dunia
Kredit Jam Press

“Anakonda Hijau yang ditemui kawasan utara di Amerika Selatan termasuk di Venuzuela, Suriname dan French Guinea didapati adalah spesis berlainan sepenuhnya.

“Walaupun sekali imbas, kelihatan sama dengan satu lagi spesis Anakonda Hijau, namun perbezaan genetik kedua-duanya adalah 5.5 peratus dan itu sangat besar.

“Jadi, kami namakan anakonda hijau ini dengan nama Latin, Eunectes akayima, Anakonda Hijau Utara,” katanya.

Menurut Vonk, akayima adalah perkataan yang berasal daripada bahasa orang asli di utara Amerika Selatan yang membawa maksud ular hebat.

BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Sumber: The Sun

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka