Siakap Keli
Menu 'Lunch' Baru Kyochon

Dihidang Dalam 10 Minit Sahaja, Menu ‘Lunch’ Baru Kyochon 1991 Malaysia

Dihidang Dalam 10 Minit Sahaja, Menu ‘Lunch’ Baru Kyochon 1991 Malaysia

26 FEBRUARI 2024, KUALA LUMPUR – Bersiap sedia untuk menyegarkan hidangan tengahari  anda dengan menu makan tengahari baru KyoChon 1991 Malaysia menjanjikan untuk menyajikan  kelazatan Korea yang autentik dalam masa 10 minit bermula dari RM20.90! 

KyoChon 1991 menawarkan menu makan tengahari yang lazat di beberapa lokasi Utama iaitu The  Gardens Mall, IOI City Mall, Sunway Pyramid, Pavilion Kuala Lumpur, dan MyTown KL, pada hari  minggu dari jam 11 pagi hingga 3 petang. “Menu akan diperluas ke outlet-outlet lain tidak lama lagi,”  kata Nic Tai, Pengurus Pemasaran KyoChon 1991 Malaysia. 

Menu ‘Lunch’ Baru Kyochon 1991 Malaysia

Menu makan tengahari, yang termasuk Set Ayam Bulgogi (RM20.90), Set Salad Salsal (RM24.90), Set  Japchae (RM27.95), dan Set Bibimbap Ayam Tanpa Tulang (RM27.95), disertakan dengan sup rumpai  laut dan minuman percuma. 

KyoChon 1991 menjanjikan 10 minit penyediaan menu makan tengahari, anda boleh menikmati setiap  gigitan tanpa perlu tergesa-gesa. Namun, para pelanggan bakal menerima pampasan pampasan baucar  makanan percuma jika menu makan tengahari tidak disajikan dalam masa 10 minit. “Ini adalah sesuatu  yang baru & menarik yang kami cuba tawarkan kepada tetamu kami semasa waktu makan tengahari  kerana kami tahu setiap orang sedang berlumpa-lumba melawan masa semasa waktu makan tengahari,”  tambah Tai. 

Jangan biarkan lapar memperlahan anda – Dapatkan menu makan tengahari autentik Korea dengan  hanya 10 minit, hanya di KyoChon 1991. Sila layari laman web KyoChon 1991 di  https://kyochon.com.my/ untuk info yang lanjut. Tertakluk terma dan syarat.

Menu 'Lunch' Baru Kyochon

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.