Pelancaran Kempen Jalinan Kasih Anak Yatim Bersama PERSENI
[Bangi, Selangor, 24/02/2024] – PERSENI merupakan sebuah badan bukan kerajaan yang ditubuhkan bagi mengumpulkan penggiat seni, artis dan juga selebriti tanah air bagi menjalankan usaha kebajikan bersama dan memperkasa industri seni tanah air.
Pada tahun ini, kami sedang dalam usaha untuk mempergiat Kempen Jalinan Kasih Anak Yatim (JALIN). Tujuan pelancaran ini dibuat adalah untuk memperkenalkan NGO PERSENI dan Kempen Jalinan Kasih Anak Yatim yang dijalankan sebagai usaha bagi membantu lagi ramai anak yatim B40 diluar sana agar mendapatkan kehidupan yang lebih baik. Tambahan juga, ia sebagai satu tanda kesediaan para penggiat seni untuk turun membantu masyarakat bersama-sama PERSENI. Akhir sekali, bersama Perseni anak-anak seni akan berganding bahu untuk turun dengan masyarakat membantu golongan sasar.
Dengan itu majlis pelancaran kempen pada hari ini dihadiri seramai 16 orang anak-anak yatim yang dijaga oleh keluarga mereka yang terdekat di mana kita berikan TAJAAN PERSENI sebanyak RM3000 seorang selama 5 tahun, mengikut terma dan syarat untuk sebuah keluarga. Perseni mensasarkan sebanyak RM3 juta untuk menaja seramai 200 orang anak yatim lagi di sekitar Selangor terutama di Lembah Klang. Tajaan Perseni ini akan memberikan fokus kepada keperluan dari segi Pendidikan dan juga Pembangunan Sahsiah anak-anak yatim ini.
Antara inisiatif yang bakal diberikan kepada anak-anak yatim ini adalah dengan mengikuti kelas bimbingan al-Quran ataupun tuisyen, kem motivasi remaja, memiliki simpanan SSPN, bantuan awal persekolahan dan juga duit raya sempena aidilfitri. Tidak lupa juga daripada para aktivitis Perseni yang turut hadir menceriakan iaitu Ustaz Zakiyuddin, Saiful Apek dan beberapa anak seni lainnya lagi.
Semoga Perseni bersama para aktivis anak seni di Malaysia dapat berganding bahu menggencarkan lagi kempen JALIN ini dan semakin ramai masyarakat yang memerlukan disantuni.
#kempenJALIN #misibersamaperseni #dengansenikitaberbakti