Siakap Keli
Gambar: Sinar Harian

Lelaki Ditahan, Bunuh Ibu Guna Tukul Besi & “Safety Boot”

Lelaki Ditahan, Bunuh Ibu Guna Tukul & “Safety Boot”

Seorang tukang gunting diberkas selepas membunuh ibu kandung sendiri menggunakan tukul besi dan kasut keselamatan, lapor Sinar Harian.

Kejadian dilapor berlaku di kediaman mereka di Kampung Jawa, Shah Alam, pada Rabu.

Suspek berumur 33 tahun yang berada di bawah pengaruh dadah ditahan tidak lama selepas kejadian itu berlaku.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan kira-kira 9.45 pagi.

“Siasatan mendapati mangsa merupakan wanita warga tempatan berumur 56 tahun dan tinggal bersama suami dan suspek.

“Kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dan suspek sebelum suspek bertindak memukul mangsa menggunakan kasut keselamatan dan tukul besi sebelum melarikan diri,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Bertindak di atas maklumat yang diterima, polis kemudian berjaya menahan suspek di Taman Sentosa, Klang kira-kira 11.30 pagi.

Menurut Mohd Iqbal lagi, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintenden Salwani Samsudin di talian 0132444234,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

 

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.