Siakap Keli
apple batal projek ev
Kredit: AFP

Sedekad Penantian Terkubur, Apple Dilaporkan Batal Projek EV

Sedekad Penantian Terkubur, Apple Dilaporkan Batal Projek EV

Syarikat multinasional, Apple dilaporkan telah membatalkan rancangan  untuk menghasilkan kenderaan elektrik (EV), sedekad selepas pencipta iPhone itu dikhabarkan akan mengusahakan projek tersebut.

Menurut Bloomberg News, ramai staf dari projek berkenaan akan dipindahkan ke divisyen kecerdasan buatan (AI) dalam syarikat terbabit.

Pengumuman Apple itu tidak dibuat secara terbuka dan didedahkan oleh sumber yang tidak mahu namanya disebut, lapor Bloomberg News.

Apple batal projek EV

Difahamkan, Ketua Pegawai Operasi, Jeff Williams dan Naib Presiden, Kevin Lynch telah mengumumkan mengenai penamatan projek itu kepada semua pekerja.

Bagaimanapun, Apple sehingga kini masih belum memberikan sebarang komen mengenai laporan tersebut, lapor BBC.

Pasukan kereta Apple merupakan sebahagian daripada projek Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Tim Cook, iaitu Project Titan.

Ketika projek itu berlangsung, syarikat berkenaan dikatakan telah membelanjakan berbilion dolar untuk proses penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Selain itu, Apple dikatakan berusaha untuk menghasilkan sebuah kenderaan yang mampu bergerak sendiri, tanpa stereng dan pedal.

Sungguhpun begitu, pasukan berkenaan difahamkan masih memerlukan masa yang lebih lama lagi untuk menghasilkan sebuah kereta.

Dalam pada itu, Apple telah meneroka pelbagai jenis peluang selain peranti sedia ada.

Setakat ini, syarikat ini telah melancarkan headset realiti maya, Apple Vision Pro yang dilancarkan pada 2 Februari lalu.

BACA: Kenali BYD, Pengeluar EV Yang Semakin Tunjuk Taring

Sementara itu, permintaan terhadap EV dilaporkan merudum dalam beberapa bulan kebelakangan ini susulan kos pinjaman dilaporkan masih berada pada paras yang tinggi. Keadaan ini yang menjadikan pasaran semakin kompetitif sesama pemain utama dalam industri EV untuk memenangi hati pelanggan.

Pada bulan lepas, pembuat kereta elektrik Tesla telah memberi amaran bahawa jualannya pada tahun ini dijangkakan lebih lemah berbanding  2023.

Syarikat yang diketuai Elon Musk, telah menurunkan harga pasarannya termasuk di Eropah dan China. Tindakan ini dipercayai selepas syarikat asal Amerika Syarikat itu memiliki persaingan yang hebat daripada pesaing-pesaingnya di China seperti BYD.

BACA: Buat Sendiri Kat Rumah, Ini Resipi Donat Gebu Gebas Perlu Dicuba

Sumber: Bloomberg News Via Yahoo, BBC

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.