Siakap Keli
resipi donat gebu
Gambar: TikTok bennurudin

Buat Sendiri Kat Rumah, Ini Resipi Donat Gebu Gebas Perlu Dicuba

Buat Sendiri Kat Rumah, Ini Resipi Donat Gebu Gebas Perlu Dicuba

Menjelang bulan Ramadan yang mulia ini, kebanyakan orang mula untuk mencari resipi-resipi yang menarik bagi memeriahkan amalan berpuasa.

Sudah semestinya, resipi tersebut ada digunakan untuk dijadikan sebagai makanan yang dijual sewaktu bulan puasa.

Namun, kita agak sukar untuk mencari resipi donat yang gebu, pada masa yang sama tidak menyerap minyak yang digoreng.

Bayangkan masa makan donat yang kita buat, dah lah liat, berminyak pula tu. Mesti anda sudah menjadi trauma untuk memakan mana-mana donat selepas ini.

Jangan risau, seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Bakes by Benn (@bennurudin) telah menunjukkan cara bagaimana untuk menghasilkan donat yang tidak mengecewakan.

Pertama sekali, kita perlu menyediakan bahan-bahannya terlebih dahulu. Antara bahan-bahan yang diperlukan:

1. 500 gram tepung roti

2. 250 gram susu segar (sejuk)

3. 75 gram gula

4. 1  biji telur

5. 6 gram garam

6. 75 gram unsalted butter

7. 6 gram yis

Selepas menyediakan bahan-bahan di atas, anda boleh mencampurkan semua bahan sekali gus kecuali mentega. Sebaik-baiknya, aktifkan yis dengan mencampurkan sedikit air ke terlebih dahulu sebelum mencampurkan kesemua bahan sekali gus.

Masukkan bahan yang dinyatakan sebelum ini ke dalam mesin pengadun dan adunkannya sehingga sebati. Apabila sudah sebati, masukkan unsalted butter yang dipotong dalam bentuk bongkah kecil ke dalamnya dan sekali lagi, adunkannya sehingga doh menjadi elastik.

Kredit: TikTok

Ada sebab mengapa kita perlu memastikan doh yang diadun memiliki tekstur elastik. Menurut Benn, ini yang akan mempengaruhi tesktur donat selepas digoreng dan dimakan oleh kita.

“Doh donat yang elastik akan menghasilkan tekstur donat yang lembut dan tak serap minyak,” kata Benn di dalam video.

Selepas doh tersedia, bentukkan doh kepada beberapa bahagian kecil dan leperkan pada permukaan yang ditaburkan tengan tepung.

Kredit: TikTok

Anda boleh membuat lubang pada tengah doh dengan menggunakan acuan ataupun penutup botol mineral.

Kredit: TikTok

Pastikan donat direhatkan sehingga saiz mencapai separuh kali ganda lebih besar dari saiz asal. Apabila doh donat sudah tersedia, goreng dalam minyak panas dengan api perlahan.

Sebelum terbalikkan donat, pastikannya bahagian di bawahnya sudah cukup masak bagi mengelakkan kita terbalikkan donat berkali-kali. Ini akan menyebabkan donat anda akan menyerap minyak.

Seterusnya, donat tersebut sedia untuk diangkat apabila kedua-dua bahagian sudah berwarna perang dan memiliki ‘cincin’ ditengahnya, melambangkan bahawa donat berkenaan cukup-cukup gebu dan masak.

Selepas donat yang digoreng menjadi sejuk, anda boleh salutkan gula aising ataupun meletakkan aising kegemaran anda seperti coklat, strawberi dan sebagainya.

@bennurudin

Replying to @jaja Nah donat ala Big Apple. Semoga ada kerajinan untuk buat. Doakan saya murah rezeki.

♬ original sound – Benn Baker – Bakes by Benn

BACA: Kenali BYD, Pengeluar EV Yang Semakin Tunjuk Taring

Sumber: @bennurudin via TikTok

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma