Terkini

Tip
Cara Paling Mudah, Hilangkan Batuk Berkahak Guna Bahan Semula Jadi Ni
Trivia
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Tip
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
byd pengeluar ev
Kredit: Facebook BYD Car

Kenali BYD, Pengeluar EV Yang Semakin Tunjuk Taring

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Kenali BYD, Pengeluar EV Yang Semakin Tunjuk Taring

Jika kita menelusuri jenama-jenama automobil, kita boleh melihat betapa terhadnya pasaran bagi kenderaan elektrik secara sepenuhnya.

Hal ini disebabkan syarikat pengeluar bagi kenderaan elektrik (EV) masih kurang dalam pasaran, sekali gus menjadikannya kurang berdaya saing jika dibandingkan dangan syarikat pengeluar kereta konvensional.

Manakala, persaingan antara syarikat automobil dilihat sangat dinamik kerana terdapat pelbagai pengeluar yang sentiasa bersaing untuk mendapatkan rekod jualan yang terbaik.

Berbalik pada pengeluar EV, sungguhpun masih baru menapak dalam dunia automobil, pencapaiannya sangat mengagumkan sejak kebelakangan ini.

Semakin banyak syarikat pengeluar EV yang mula mewarnai pasaran automobil dunia dan antara menarik perhatian adalah BYD Auto.

Baru-baru ini, BYD Auto telah melancarkan salah satu model kereta elektriknya di Malaysia iaitu BYD Seal. Harga bagi kereta ini adalah RM179,800 bagi varian Premium dan RM199,800 bagi varian Performance.

Nampaknya, nama BYD kini menjadi salah satu jenama yang disebut apabila disoal berkenaan apa yang dimaksudkan dengan kereta elektrik.

Ramai juga tertanya dari manakah asal usul syarikat pengeluar EV, yang boleh dikatakan sebagai ‘dark horse’ dalam pasaran automobil elektrik.

Asal usul syarikat pengeluar kenderaan elektrik China, BYD

Untuk makluman, BYD Auto merupakan anak syarikat kepada syarikat yang berfokuskan terhadap high tech iaitu BYD Co. Ltd.

Menurut laman web rasmi BYD, syarikat teknologi tinggi ini telah memberikan tumpuan terhadap inovasi teknologi untuk menaik taraf kehidupan masyarakat.

Menariknya, syarikat ini telah diasaskan oleh pengasasnya Wang Chuanfu di Shenzen, China pada Februari 1995.

Pakar kimia merangkap penyelidik kerajaan itu telah mengumpulkan kira-kira $300,000 (RM1,432,950) daripada saudara mara dan menyewa ruang dengan keluasan 2,000 meter persegi untuk memulakan perniagaannya.

Pada awalnya, BYD fokus untuk mengeluarkan bateri yang boleh dicas semula untuk bersaing dengan pasaran import iaitu Sony dan Sanyo.

Bagaimanapun, sekitar tahun 2000, BYD telah menjadi salah satu syarikat pengeluar bateri telefon bimbit terbesar di dunia. Syarikat ini juga telah mereka dan menghasilkan bahagian telefon bimbit untuk jenama terkenal seperti Motorola, Nokia, Sony Ericsson dan Samsung.

Tidak terhenti setakat itu, Wang telah menceburi dunia perniagaan automobil pada 2003 dengan membeli syarikat kereta keluaran China.

Pada awalnya, beliau hanya mengetahui sedikit sahaja berkenaan bagaimana sebuah kereta dihasilkan, namun beliau tidak menjadikannya satu alasan untuk tidak berjaya.

Hasilnya, sebuah kereta sedan keluaran BYD pada Oktober 2009, F3, telah menjadi kereta sedan terlaris di China. Pencapaian ini turut menjadikan F3 setara dengan kereta jenama luar negara seperti Volkswagen Jetta dan Toyota (TM) Corolla.

Pemilik wang rm50 ditemui
Kredit: AFP
Kini, BYD telah menjadi salah satu jenama kenderaan elektrik yang terkemuka di seluruh dunia dan mendominasi pasaran tersebut.

Selain itu, BYD juga telah mendirikan sebanyak 30 kawasan perindustrian selepas mengalami perkembangan pantas selama 20 tahun.

Setakat ini, syarikat berkenaan telah membuat permohonan bagi lebih dari 48 ribu paten dan meraih kira-kira 30 juta paten yang sah di seluruh dunia.

Pada tahun ini, BYD telah menjadi Rakan Kongsi Rasmi bagi UEFAEURO 2024 dengan menyediakan perkhidmatan mobiliti kepada kejohanan tersebut.

Syarikat ini juga telah memainkan peranan penting dalam industri berkaitan elektronik, automobil, tenaga baharu dan transit kereta api.

Daripada penghasilan tenaga sehingga penggunaannya, BYD telah berdedikasi untuk menyediakan solusi tenaga yang bebas pelepasan bahan tercemar.

BYD telah menggalas tanggungjawab pada era ini sebagai peneraju kenderaan tenaga baharu di China dan dunia serta membuka jalan inovasi dan pembangunan hijau.

Pemilik wang rm50 ditemui
Kredit: AFP

Setakat 11 Februari 2024, BYD dilaporkan telah mengurangkan kadar pelepasan karbon kira-kira 50,304,297,211 kilogram, bersamaan dengan jumlah karbon dioksida yang digunakan 838,404,954 batang pokok.

BYD turut tersenarai dalam Pertukaran Saham Hong Kong dan Shenzhen, dengan jumlah pendapatan dan permodalan pasaran masing-masing melebihi RMB 100 bilion (RM66.38 bilion).

Terdahulu, BYD dilapor menjual lebih banyak EV berbanding Tesla pada suku keempat 2023.

Malah, mereka juga telah mengembangkan jualan ke pasaran Eropah, Timur Tengah dan Asia Tenggara.

BACA: Elak Letak Dalam Beras, Apple Kongsi Cara Betul Keringkan iPhone Masuk Air

Sumber: CNN & BYD