Siakap Keli
Malaysia keempat pencakar langit
Gambar: BERNAMA

Lebih 300 Buah, Malaysia Negara Keempat Paling Banyak Pencakar Langit Di Dunia

Lebih 300 Buah, Malaysia Negara Keempat Paling Banyak Pencakar Langit Di Dunia

Council on Tall Buildings and Urban Habitat (CTBUH) dalam laporannya meletakkan Malaysia sebagai negara keempat paling banyak bangunan tinggi dan pencakar langit di dunia.

Dalam senarai yang dikeluarkan di laman webnya, Malaysia hanya berada di belakang China, Amerika Syarikat dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Menurut CTBUH, terdapat 293 buah bangunan berketinggian 150 meter+, 67 buah bangunan berketinggian 200meter+ dan 6 buah bangunan berketinggian 300meter+ di Malaysia.

Kuala Lumpur pula muncul sebagai bandar yang memiliki paling banyak bangunan tinggi di negara ini.

China yang muncul sebagai negara paling banyak bangunan tinggi memiliki 3,284 bangunan berketinggian 15o meter+, 1.148 bangunan berketinggian 200 meter+ dan 117 buah bangunan berketinggian 300 meter+.

Malaysia negara keempat di dunia paling banyak pencakar langit di dunia

Hong Kong muncul sebagai bandar paling banyak memiliki pencakar langit di China.

Manakala Amerika Syarikat di tangga kedua memiliki 894 buah bangunan berketinggian 150 meter+, 243 buah bangunan berketinggian 200 meter+ dan 31 buah bangunan berketinggian 300 meter+.

Bandar Nw York pula muncul sebagai negeri paling banyak bangunan tinggi untuk negara Uncle Sam itu.

Satu-satunya negara Timur Tengah yang berada di Top 10, UAE memiliki 336 buah bangunan berketinggian 150 meter+, 156 buah bangunan berketinggian 200 meter+ dan 35 buah bangunan berketinggian 300 meter+.

Seterusnya, Dubai muncul sebagai wilayah paling banyak bangunan tinggi di UAE.

Di peringkat Asia Tenggara, Malaysia juga unggul dan jauh meninggalkan negara-negara lain. Indonesia berada di tangga ke-9 senarai itu.

Manakala Thailand berada di tangga ke-10, diikuti Filipina di tangga ke-11. Satu-satunya negara bertaraf negara maju di rantau ini, Singapura berada di ke-13.

Melangkapkan Top 10 dalam senarai berkenaan adalah Jepun yang berada di tangga ke-5, Korea Selatan (6), Australia (7) dan Kanada (8).

Malaysia keempat pencakar langit

BACA: Bella Dapat Tawaran TKC, KYS & Permata Serentak, Dilema Nak Pilih Yang Mana

Dalam pada itu, Ukraine, Uruguay dan Uzbekistan muncul sebagai negara paling sedikit bangunan tinggi iaitu masing-masing hanya 1 bangunan berketinggian 150 meter+.

Sumber: Council on Tall Buildings and Urban Habitat (CTBUH)

 

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.