Penuhi Selera Kampung Dengan Berbuka Puasa Di Glenmarie Hotel & Golf Resort
Berita baik buat foodies yang memiliki selera kampung, Glenmarie Hotel & Golf Resort sudah tampil untuk mewarnai bulan Ramadan anda pada tahun ini.
Anda boleh bufet ‘Selera Kampung’ yang meraikan tradisi dan inovasi dalam hidangannya, bermula dari 12 Mac sehingga 7 April 2024.
Bufet ini akan diadakan di Kites Restaurant, yang berada berdekatan dengan kolam renang hotel serta padang golf yang luar biasa.
Bagi pemilihan menu pula, anda akan dihidangkan dengan juadah ala-ala kampung serta memiliki citarasa tradisional sepanjang bulan Ramadan ini, bermula dari 7.00 malam sehingga 10.00 malam.
“Pasukan kulinari kami telah menhgasilkan menu ini dengan teliti bagi menghargai rasa tradisional Ramadan sambil menyajikan kelainan kontemporari yang pasti memikat selera anda,” kata Christoph Voegeli, Pengurus Besar di Glenmarie Hotel & Golf Resort.
“Daripada pembuka selera yang menyelerakan, hidangan utama yang lazat kepada pencuci mulut yang menarik, kami ingin menjemput anda bersama orang tersayang untuk merasai pengalaman yang tidak dapat dilupakan serta menghargai semangat kesaksamaan, kesyukuran dan sebagainya,”
Menu ini akan mengikut giliran setiap hari dan bakal menyajikan lebih 188 hidangan, bersama-sama dengan stesen memasak secara langsung.
Tarikan utama bagi bufet ini sudah semestinya hidangan istimewa yang disajikan sepanjang bulan Ramadan tahun ini.
Antara hidangan yang menanti anda adalah Kambing Panggang BBQ bersama Berani, Kari Kepala Ikan Jenahak Tomato Bendi, Ikan Patin Masak Tempoyak, Rendang Daging Tok, Sotong Sumbat Masak Lemak, Ayam Panggang Percik Kelantan dan lain-lain.
Tidak dilupakan juga makanan laut yang dipanggang dalam keadaan segar serta pelbagai kuih muih dari tradisi Melayu.
Harga yang ditawarkan pun sangat berbaloi, ‘confirm’ tak menyesal
Berkenaan dengan harga pula, baucar bagi bufet ‘Selera Kampung’ berharga dalam lingkungan RM138++ untuk seorang dewasa.
Jika anda merupakan antara yang terawal, anda boleh menikmati bufet ini dengan harga yang lebih murah iaitu dalam lingkungan RM110++. Untuk mendapatkan harga ‘Early Bird’, anda perlu membuat pembayaran untuk bufet ini sebelum 12 Mac 2024.
Bagi kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 4 hingga 12 tahun, harga bagi baucar bufet bernilai sekitar RM80++. Manakala, kanak-kanak yang berusia bawah 4 tahun boleh menikmati bufet ini secara percuma.
Tempat meletak kenderaan juga percuma dan surau turut disediakan bagi pengunjung yang beragama Islam. Jika anda berminat untuk membuat tempahan, hubungi +60123999092 atau +60378025200.
Anda juga boleh berbuat demikian dengan menghantar emel pada alamat [email protected]. Jumpa anda di sana!
BACA: Tak Perlu Bawa Ke Bilik Air, Lelaki Tunjuk Cara Mandikan Pesakit Terlantar