Siakap Keli
suami isteri berebut harta
Kredit: PDRM

Suami Isteri Maut Dipercayai Dibunuh, Berebut Harta Disyaki Jadi Punca

Suami Isteri Maut Dipercayai Dibunuh, Berebut Harta Disyaki Jadi Punca

IPOH, 5 Mac (Bernama) — Pasangan suami isteri ditemukan maut dipercayai dibunuh di kawasan kelapa sawit di Pantai Remis dekat Manjung, hari ini.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohamed Nordin Abdullah berkata pihaknya, menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 3.30 petang, daripada seorang lelaki yang memaklumkan bapa saudaranya telah bergaduh dengan adik lelaki serta isterinya, di sebuah kebun kelapa sawit.

“Kejadian disyaki berpunca daripada perebutan harta, yang menyebabkan berlakunya pergaduhan di antara kedua-dua mangsa dan suspek.

“Kedua-dua mangsa yang berumur dalam lingkungan 60-an telah ditemukan di dalam kawasan kebun kelapa sawit dan mayat mereka dihantar ke Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk bedah siasat, bagi mengetahui punca kematian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamed Nordin berkata suspek yang berumur dalam lingkungan 60-an berjaya ditahan dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Seri Manjung esok, bagi permohonan reman.

Beliau berkata kes telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian tersebut untuk berhubung dengan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung ASP Ashazarul Khairi Ab Hamid, di talian 012-5087026 untuk membantu siasatan,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?