Siakap Keli
google map laluan laut
Gambar: TikTok @zaaslife

“Jalan Menuju Healing”, Pemuda Terkejut Google Map Bawa Laluan Terus Masuk Laut

“Jalan Menuju Healing”, Pemuda Terkejut Google Map Bawa Laluan Terus Masuk Laut

Bercuti atau meluangkan waktu bersama rakan-rakan ke pelbagai lokasi peranginan sudah tentunya menyeronokkan. Pelbagai aktiviti menarik boleh dirancang dan dilakukan di sana secara bersama.

Walau bagaimanapun untuk berkunjung ke lokasi yang dituju tentunya memerlukan individu yang mengetahui laluan yang tepat.

Tetapi, kini setiap orang boleh bergerak ke mana-mana sahaja destinasi yang dingini meskipun tidak mengetahui atau tidak pernah menggunakan jalan tersebut.

Hal ini kerana setiap orang boleh menggunakan aplikasi peta sebagai pemandu arah untuk ke mana-mana sahaja yang kita ingin pergi hanya dengan menaip lokasi.

Berbeza pula nasib sekumpulan pemuda ini apabila aplikasi Google Map membawa mereka ke lokasi yang tidak disangka-sangka.

Menerusi hantaran pemilik akaun TikTok @zaaslife, sekumpulan pemuda dalam perjalanan untuk melihat pemandangan pesisiran pantai dengan menggunakan aplikasi itu sebagai penunjuk arah.

Namun, tidak disangka-sangka jalan tersebut membawa mereka ‘terus’ ke laut.

Dalam klip berdurasi 55 saat itu, ia memaparkan laluan dalam aplikasi itu terus ‘meredah lurus’ laut sebelum ia kembali bertemu semula jalan raya.

Gambar: TikTok @zaaslife

“Saja nak lalu jalan tepi pantai atau laut, search pakai Google laluan macam tu kemudian kami ikut sahaja.

“Google Map bawa menelusuri laluan ni memang seronok sebab tepi pantai tapi separuh jalan terpaksa berhenti sebab kami keliru. Cuba tengok laluan Google suruh ikut.

“Bila sampai kat sini jalannya dah tiada cuma nampak pesisiran pantai,” maklum individu tersebut dalam video berkenaan.

Dalam pada itu, beberapa pemuda dalam klip itu turut turun untuk meninjau sendiri jalan berkenaan.

Gambar: TikTok @zaaslife

BACA: Mungkin Ada Yang Lupa, Ini Cara Elakkan Duit RM200 ‘Burn’ Semasa Isi Minyak Guna Kad Debit 

Klip itu turut mendedahkan laluan tersebut dipercayai sudah ‘terhakis’ dibawa ombak laut berdasarkan beberapa kepingan tar jalan yang masih kelihatan terbenam pada pasir.

“Jom kita tinjau-tinjau masih wujudkah laluannya? Entahlah kalau ikutkan peta ada laluan ataupun mungkin memang setakat ni je jalan dekat sini.

“Kalau menelusuri jalan ni dengan motosikal malam-malam rasanya dah memang ke laut kemudian terus ke bulan,” seloroh video tersebut.

Walau bagaimanapun, lokasi berkenaan tidak dapat dikenal pasti dan dinyatakan dalam video tersebut.

@zaaslife

Google map bawak laluan masuk ke dalam laut 🤭 #fypシ #fypviraltiktok🖤シ゚☆♡ #laluanpantai

♬ original sound – Zaas – Zaas

Sumber: TikTok @zaaslife

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?