Siakap Keli
vaksin covid 217 kali
Gambar: BERNAMA

Lebih Daripada Dos Ditetapkan, Warga Emas Ambil Vaksin Covid 217 Kali

Lebih Daripada Dos Ditetapkan, Warga Emas Ambil Vaksin Covid 217 Kali

Seorang warga emas di Jerman dilapor mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 sebanyak 217 kali, yang disifatkan melangkaui nasihat perubatan ditetapkan, lapor BBC.

Rekod berkenaan diketahui selepas ia dicatatkan dalam jurnal The Lancet Infectious Diseases.

Warga emas berkenaan yang berumur 62 tahun dipercayai membeli dan mengambil suntikan vaksin berkenaan ‘secara rahsia’ dalam tempoh 29 bulan.

Bagaimanapun, penyelidik dari Universiti Erlangen-Nuremberg memaklumkan lelaki berkenaan tidak berdepan dengan sebarang kesan sampingan.

Lelaki ambil vaksin Covid 217 kali

“Kami mengetahui tentang perkara ini melalui satu artikel dalam satu keratan akhbar. Kemudian, kami menghubungi lelaki tersebut dan menjemput dia untuk menyertai beberapa ujian.

“Lelaki itu sangat teruja untuk berbuat demikian,” kata Dr. Kilian Schober, wakil Jabatan Mikrobiologi universiti berkenaan.

Warga emas tersebut dilapor telah memberikan sampel air liur dan darah untuk dikaji. Peyelidik juga turut mengkaji sampel darah beku lelaki berkenaan yang telah disimpan beberapa tahun sebelum ini.

“Kami kemudian berjaya mendapatkan sendiri sampel darahnya ketika lelaki itu mendapatkan suntikan tambahan atas kehendaknya sendiri.

“Daripada sampel berkenaan, kami dapat menentukan bagaimana sistem imun bertindak balas terhadap vaksin,” kata Dr. Kilian lagi.

Dalam pada itu, bukti sebanyak 130 suntikan berjaya dikumpul oleh pendakwa raya yang membuka kertas siasatan terhadap dakwaan kes penipuan ke atas lelaki itu, bagaimanapun tiada tuduhan jenayah telah difailkan.

Penyelidik tidak galakkan pengambilan vaksin secara berlebihan

“Perlu diingatkan, kami tidak menggalakkan pengambilan vaksin secara berlebihan hanya semata-mata mahu meningkat keupayaan imuniti,” ujar Dr. Kilian.

Malah, beliau turut menegaskan bahawa keputusan yang diperoleh daripada kajian ke atas warga emas berkenaan tidak mencukupi untuk mereka membuat kesimpulan atau saranan kepada orang awam.

“Dapatan kajian terkini mendapati tiga dos dan mendapatkan dos tambahan secara berkala untuk golongan terdedah adalah kaedah terbaik.

“Tiada sebarang petunjuk bahawa lebih banyak dos vaksin diperlukan,” kata kenyataan di laman web universiti berkenaan.

BACA: Pakai Duit Sendiri Ke? Ini Cara Kira & Nak Buat Penyucian Dividen KWSP

Sumber: BBC

Athirah

When nothing goes right, go left.