Siakap Keli
Bagaimana Sistem e-testing Dilakukan
Kredit: @Cikgu Azrul via Tiktok

Tanpa Pegawai JPJ, Rupanya Begini Cara Nak Ambil Ujian Memandu eTesting

Tanpa Pegawai JPJ, Rupanya Begini Cara Nak Ambil Ujian Memandu eTesting

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke baru-baru ini mengumumkan ujian memandu litar secara automasi (eTesting) akan dilaksanakan bermula 1 April ini.

Menerusi eTesting, pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak perlu lagi berada bersama calon dalam kenderaan semasa calon mengambil ujian berkenaan.

Sebaliknya, pegawai JPJ yang bertugas akan berada di bilik kawalan dan memantau serta memberi arahan kepada calon berkenaan melalui sistem elektronik.

Menurut Bernama, pelaksaan sistem eTesting membolehkan lebih ramai calon diuji berbanding sistem ujian sedia iaitu yang dijalankan secara manual.

Selain itu, eTesting juga meningkatkan integriti sistem ujian memandu, pengeluaran lesen memandu, memudahkan proses auditan dan pemantauan aktiviti ujian secara elektronik.

Difahamkan, eTesting hanya dilaksanakan untuk ujian di litar sahaja. Manakala, ketika melakukan ujian jalan raya, calon tetap akan ditemani oleh pegawai JPJ.

Buat masa ini, calon dibenarkan memilih sama ada hendak mengambil ujian memandu litar secara eTesting atau seperti kaedah lama sebelum eTesting dikuatkuasakan sepenuhnya pada 2030.

Seorang pengajar sekolah memandu tunjuk cara nak ambil ujian memandu eTesting

Namun begitu, masih ramai yang tidak memahami dan tertanya-tanya bagaimana ujian memandu secara automasi ini berjalan.

Seorang pengguna TikTok, @Cikgu Azrul baru-baru ini telah memuat naik beberapa video untuk berkongsi dengan para pengikutnya bagaimana sistem berkenaan berfungsi.

Calon akan melaksanakan ujian memandu di litar berpandukan eTesting yang dipaparkan pada satu skrin yang dipasang dalam kenderaan.

Menurut @Cikgu Azrul ujian boleh dimulakan dengan menekan arahan yang terpapar pada skrin tersebut. Kemudian, arahan diberikan untuk calon memandu ke bahagian elemen pertama.

Manakala calon perlu menyelesaikan ujian yang diarahkan dalam masa yang ditetapkan.

@azrullydia

Replying to @sudip bin senduk ni kalau calon lakukan kesalah demerit.. maksud bukan kesalahan yang menggagalkan cuma tolak markah..

♬ original sound – Cikgu Azrul – Cikgu Azrul

Remaja Lelaki jadi yang pertama mendapat Lesen ‘P’ Melalui eTesting

Terdahulu, seorang remaja berjaya menjadi individu pertama di Malaysia yang mendapat Lesen ‘P’ melalui eTesting JPJ.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Anthony Loke, remaja berkenaan menduduki ujian itu sambil ditemani Menteri Pengangkutan tersebut.

Sebagai simbolik perasmian eTesting, kenderaan itu turut dinaiki beberapa orang pegawai tinggi daripada JPJ.

https://www.facebook.com/lokesiewfook/videos/1124643285373201/

Antara manfaat mengambil e-testing di litaran 

Menurut Anthony Loke, pelaksanaan eTesting akan memberikan beberapa manfaat, terutamanya kepada calon yang menduduki ujian litar.

Misalnya, sekiranya calon gagal satu elemen dalam eTesting, calon boleh mengulangi ujian berkenaan pada hari yang sama tanpa mengeluarkan kos tambahan.

Manakala dalam ujian ulangan tersebut, calon hanya perlu mengulangi ujian bagi elemen yang gagal sahaja. Berbeza dengan ujian manual, sekiranya calon gagal satu elemen, mereka terpaksa mengulangi semula semua ujian elemen yang ada.

Selain itu, calon ujian eTesting akan diberi keutamaan berbanding calon manual dalam tempahan ujian. Oleh itu, calon yang mengambul ujian secara eTesting akan mendapat lesen memandu lebih cepat.

Calon juga akan menikmati rebat RM10 bagi pengeluaran Lesen Percubaan yang diperoleh menerusi eTesting.

BACA: Pesawat Batik Air Berubah Laluan Penerbangan, Gara-gara Juruterbang Tertidur 28 Minit

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.