Juruterbang Air Batik Tertidur 28 Minit, Sebabkan Pesawat Tidak Berada Di Laluan Betul
Seorang juruterbang Batik Air bersama pembantunya dilapor tertidur serentak selama 28 minit ketika dalam satu penerbangan, hingga menyebabkan laluan pesawat berkenaan berubah, lapor AFP.
Menurut Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (KNKT) Indonesia, kejadian itu berlaku ketika pesawat tersebut dalam perjalanan dari Sulawesi Tenggara ke Jakarta, 25 Januari lepas.
Insiden terbabit kemudian mengakibatkan beberapa kesilapan navigasi berlaku.
Namun 135 penumpang dan empat pramugari yang menaiki pesawat jenis Airbus A320 itu tidak mengalami kecederaan di sepanjang perjalanan selama dua jam 35 minit itu.
Susulan itu, KNKT menggesa satu mekanisme pemantauan terhadap kesihatan juruterbang yang lebih baik segera dilaksanakan oleh syarikat penerbangan berkenaan.
Kasus kedua pilot Batik Air BTK6723 ketiduran saat bertugas: What we need to know and accept!
(Warning: Long Post!)
Untuk kasus pilot ketiduran di pesawat Batik Air, pertama bagaimana kalau ada pilot tidur?
1. Pilot tidur di fase cruising itu hal biasa dilakukan, namun… pic.twitter.com/WKIWQUbvtZ— Gerry Soejatman (@GerryS) March 9, 2024
Juruterbang Batik Air tertidur 28 minit, haluan kapal berubah
Dalam laporan yang dimuat naik oleh KNKT di laman webnya, salah seorang daripada juruterbang itu dikatakan tidak mendapat rehat secukupnya pada malam sebelum penerbangan.
Kira-kira setengah jam selepas pesawat itu berlepas, kapten pesawat dilapor meminta kebenaran daripada pembantu juruterbang untuk berehat seketika.
Pembantu juruterbang itu kemudian mengambil alih pesawat, tetapi secara tidak sengaja turut tertidur.
“Dia (pembantu juruterbang) memiliki sepasang bayi kembar yang baru berusia sebulan. Anaknya dijaga oleh isteri, namun dia turut membantu semasa berada di rumah,” kata laporan itu lagi.
Beberapa minit selepas komunikasi terakhir yang direkodkan oleh pembantu juruterbang, pusat kawalan udara di Jakarta cuba menghubungi pesawat itu tetapi tidak mendapat sebarang jawapan.
Pesawat tidak berada di laluan penerbangan yang betul
28 minit selepas komunikasi terakhir itu, kapten itu kemudian bangun dan menyedari pembantunya turut tertidur. Malah, kapten itu juga mendapati pesawat tidak berada dalam laluan penerbangan yang betul.
Juruterbang berkenaan kemudian segera membetulkan laluan pesawat, mengejutkan pembantunya dan menghubungi menara kawalan.
Menurut AFP, pesawat berkenaan berjaya mendarat dengan selamat selepas kejadian itu berlaku.
Penyiasat tidak mendedahkan identiti juruterbang, tetapi kedua-dua mereka merupakan warganegara Indonesia yang berusia 32 dan 28 tahun.
BACA: Juruterbang Maut, Pesawat Terlanggar Tiang Kabel Utiliti & Terbakar
Sumber: AFP