Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pelukis Kudung Dua Tangan Berjaya Dapatkan Tangan “Baru”
NEW DELHI — Seorang pelukis di India yang kehilangan kedua-dua tangan dalam satu kemalangan tragis dilaporkan berjaya mendapatkannya semula selepas menjalani satu prosedur pemindahan tangan atau transplan, lapor NDTV.
Pembedahan itu merupakan pemindahan kedua-dua tangan pertama yang berjaya di ibu kota tempatan.
Ia adalah hasil kepakaran sekumpulan doktor dari Delhi yang mengubah kembali nasib pelukis berusia 45 tahun itu.
Walau bagaimanapun, pemindahan organ itu tidak akan berlaku sekiranya seorang bekas ketua pentadbiran sebuah sekolah terkemuka di Delhi Selatan yang menghidap mati otak tidak mendermakan kedua-dua tangannya selepas kematian.
Akibat daripada ikrar bekas ketua pentadbiran itu, ia berhasil mengubah kehidupan lelaki tersebut di mana dia akan memegang berus kembali, menghidupkan semula impiannya.
Difahamkan, proses pemindahan itu mengambil masa lebih 12 jam kerana melibatkan penyambungan setiap arteri, otot, tendon dan saraf antara tangan penderma dan lengan penerima.
Kejayaan pemindahan itu juga diabadikan dalam bentuk gambar bersama kakitangan kesihatan dan pelukis tersebut yang kembali mempunyai kedua-dua tangannya.

Lelaki itu djadualkan keluar dari Hospital Sir Ganga Ram pada 7 Mac lalu.
Difahamkan juga sebelum ini, lelaki tersebut kehilangan kedua-dua tangannya dalam satu kemalangan kereta api pada tahun 2020.
Pemindahan Jantung Khinzir Ke Manusia Pertama Dalam Sejarah
Dalam perkembangan lain, sekumpulan pakar bedah berjaya melakukan prosedur pemindahan organ atau transplan pertama jantung khinzir yang telah diubah genetik ke tubuh manusia kepada seorang lelaki berusia 57 tahun, lapor Mirror.
Pembedahan pertama dalam sejarah manusia yang boleh memberi harapan kepada masalah kekurangan pendermaan organ itu dilakukan selama sembilan jam di University of Maryland Medical Centre, pada Jumaat.
Dalam waktu tiga hari pertama selepas prosedur berkenaan, pesakit dilaporkan tidak menunjukkan sebarang tanda penolakan terhadap organ itu.
Bercakap tentang prosedur transplan tersebut, pengarah program pemindahan jantung di pusat perubatan itu yang juga terlibat dalam operasi pembedahan berkata, jantung itu menghasilkan denyutan nadi dan mewujudkan tekanan.
“Jantung itu berfungsi dan terlihat normal. Kami teruja, tapi kami juga tidak tahu bagaimana hari-hari kedepannya. Ia tidak pernah dilakukan sebelum ini,” kata beliau memetik laporan Mirror.
Sumber: NDTV