Siakap Keli
negara paling lama berpuasa
Gambar: AFP

Hampir 18 Jam Tahan Lapar, Ini 5 Negara Punyai Waktu Paling Lama & Singkat Berpuasa

Hampir 18 Jam Tahan Lapar, Ini 5 Negara Punyai Waktu Paling Lama & Singkat Berpuasa

Sekitar 1 bilion umat Islam di seluruh dunia akan mula berpuasa pada bulan Ramadan bagi tahun 2024, bermula hari ini dan keesokan selepas pencerapan anak bulan dilakukan semalam.

Sewaktu menyambut bulan suci ini, umat Islam akan berpuasa atau menahan diri daripada makan atau minum sehingga waktu berbuka (maghrib).

Walau bagaimanapun, bentuk Bumi yang seperti ‘bola’ menjadikan waktu berpuasa di setiap negara dan kawasan adalah berbeza.

Disebabkan itu, ada sesetengah negara berpuasa paling lama hingga mencecah 18 jam sehariĀ  (waktu siangnya melebihi waktu malam). Ada juga hanya berpuasa selama 12 jam sahaja (waktu malam melebihi waktu siang).

Jadi, mari kita ketahui negara-negara yang berpuasa paling lama dan paling singkat pada Ramadan kali ini di bawah.

BACA: Boleh Ke Solat Tarawih Lepas Azan Subuh? Ini Jawapan Dr Zulkifli

Lima Negara Waktu Puasa Paling Lama

Menurut Al Jazeera, terdapat lima negara yang berpuasa melebihi 16 jam ke atas. Berikut adalah senarai negara tersebut;

1. Nuuk, Greenland

Di tangga pertama adalah Nuuk, Greenland. Penduduk beragama Islam di sini akan berpuasa selama 17 jam 52 minit dalam tempoh sehari.

Gambar: AFP

2. Reykjavik, Iceland

Manakala kawasan kedua yang berpuasa paling lama pula adalah Reykjavik, Iceland. Di sini, penduduk Islam akan berpuasa selama 17 jam 25 minit sehari.

3. Helsinki, Finland

Helsinki di Finland menjadi kawasan ketiga berpuasa paling lama iaitu, 17 jam 9 minit dalam sehari.

4. Stockholm, Sweden

Di Stockholm, Sweden, penduduk beragama Islam perlu berpuasa selama 16 jam 47 minit.

5. Glasgow, Scotland

Seterusnya, Glasgow Scotland juga tergolong dalam lima negara berpuasa paling lama kerana umat Islam di sini perlu menahan lapar sehingga 16 jam 7 minit.

negara puasa lama
Gambar: AFP

5 Negara Berpuasa Paling Singkat

Selain itu terdapat juga penduduk beragama Islam di negara-negara ini hanya berpuasa di bawa 13 jam sehari sahaja.

Berikut adalah 5 negara yang berpuasa paling singkat;

BACA: Boleh Ke Solat Tarawih Lepas Azan Subuh? Ini Jawapan Dr Zulkifli

1. Christchurch, New Zealand

Tahukah anda, Christchurch, New Zealand menjadi kawasan paling singkat berpuasa bagi Ramadan 2o24. Rata-rata penduduk beragama Islam di sini akan berpuasa selama 12 jam 42 minit sahaja.

2. Puerto Montt, Chile

Negara kedua yang mempunyai tempoh waktu berpuasa paling singkat adalah Chile. Di sini, umat Islam akan menjalani ibadah puasa selama 12 jam 43 minit.

3. Canberra, Australia

Seterusnya, rakyat muslim di Australia juga berpuasa 4 minit lebih daripada jiran mereka New Zealand iaitu selama 12 jam 46 minit.

Gambar: AFP

4. Montevideo, Uruguay

Kemudian, diikuti Montevideo, Uruguay dengan waktu berpuasanya 12 jam 47 minit.

5. Bandar Cape, Afrika Selatan

Salah satu negara yang mempunyai waktu berpuasa paling singkat adalah Afrika Selatan. Ini kerana, waktu berpuasa di sini hanya 12 jam 48 minit.

negara puasa lama
Gambar: AFP

Purata Waktu Puasa Di Seluruh Dunia (Negara)

Secara purata, waktu berpuasa bagi seluruh umat Islam adalah antara 13 hingga 14 jam walaupun setiap kawasan mewakili spektrum yang berbeza.

Sumber: Al Jazeera

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?