Siakap Keli
Gambar: Suria KLCC / Orang Awam

Ramai Kecewa Dekorasi Raya Tak Memuaskan, Ini Respons Suria KLCC

Ramai Kecewa Dekorasi Raya Tak Memuaskan, Ini Respons Suria KLCC

Suria Kuala Lumpur City Centre (KLCC) memaklumkan bahawa replika bersempena perayaan Hari Raya Aidilfitri masih dalam proses persiapan.

Perkara itu diberitahu dalam satu ruangan komen di laman rasmi Facebook Suria KLCC.

Lebih menarik lagi, replika ikonik setiap kali perayaan itu bakal mencapai langit dengan ketinggian 50 kaki (15 meter) yang bakal menjadi tarikan pengunjung sewaktu musim perayaan itu.

Kredit: Facebook

BACA: Kantin Sekolah Mesti Dibuka Sepanjang Ramadan  – Fadhlina

“Sila ambil perhatian bahawa hiasan Raya (Aidilfitri) kami masih dalam proses. Sila datang sekali lagi ke Suria KLCC untuk melihat rupa terakhir Replika Pelita terbesar 50 kaki di Malaysia,” komen Suria KLCC.

Melihat dari rekaan tersebut, ia dihiasi dengan warna-warni termasuk sedikit seni anyaman dan simbol api di puncak replika.

Komen warga maya

Walau bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa kecewa dengan rupa paras replika bagi perayaan Hari Raya Aidilfitri berkenaan.

Difahamkan juga, setiap kali perayaan, Suria KLCC tidak melepaskan peluang memeriahkan lagi dengan penghasilan pelbagai replika gergasi bagi ditontonkan kepada khalayak ramai.

Setiap perayaan, terdapat satu replika gergasi yang diletakkan berhadapan dengan menara berkembar itu, antaranya sambutan Tahun Baru Cina, Krismas dan banyak lagi.

Lakar Sejarah

Sebelum ini, Suria KLCC mencipta rekod apabila replika ketupat gergasi telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records.

Replika itu mempunyai ketinggian 21.3 meter dan lebar 14 meter yang bertapak di Esplanade.

replika suria klcc
Gambar: Suria KLCC

KL Antara “Top” 10 Lokasi Pelancongan Terbaik Dunia

Untuk makluman, Kuala Lumpur telah mendapat tempat ke-10 dari 25 tempat dalam Traveller’s Choice Award Best of the Best. Sekali gus, Kuala Lumpur menjadi antara tempat pelancongan terbaik di dunia!

BACA JUGA: “Awaklah Yang Selalu Pakai AI Muka Saya Tu?” Siti Nurhaliza Akhirnya Bertemu Abang Foodpanda

Seperti yang anda tahu, Kuala Lumpur mempunyai bangunan pencakar langit yang ikonik iaitu Menara Berkembar Petronas yang merupakan bangunan berkembar tertinggi di dunia. Bangunan ini mempunyai ketinggian setinggi 451.9 meter.

Selain daripada Menara Berkembar Petronas yang juga dikenali sebagai Menara KLCC, terdapat juga bangunan pencakar langit yang lain yang meraih tumpuan dunia.

Antara bangunan tersebut adalah Menara Kuala Lumpur, Menara The Exchange 106 dan Menara Merdeka 118.

Sumber: FB Suria KLCC

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?