Siakap Keli
siti nurhaliza abang foodpanda
Gambar: TikTok @heary_dean

“Awaklah Yang Selalu Pakai AI Muka Saya Tu?” Siti Nurhaliza Akhirnya Bertemu Abang Foodpanda

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

“Awaklah Yang Selalu Pakai AI Muka Saya Tu?” Siti Nurhaliza Akhirnya Bertemu Abang Foodpanda

Semalam telah berlangsungnya konsert penyanyi tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza yang bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil pada jam 8.30 malam.

Sepanjang konsert itu, Datuk Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Tokti mendendangkan pelbagai lagunya kepada kira-kira 16,000 peminatnya yang membanjiri arena itu.

Antara momen paling mencuri tumpuan adalah apabila penyanyi itu mahu melihat secara bersemuka seorang penghantar makanan yang kerap menggunakan ‘AI filter’ penyanyi itu di aplikasi TikTok.

Beliau mengetahui individu tersebut hadir ke konsertnya selepas melihat lelaki itu memuat naik tiket konsert di media sosial.

“Saya nampak dia tunjuk tiket. Boleh tak bangun, saya nak tengok,” ujarnya.

Penyanyi berusia 44 tahun itu turut dibantu para peminatnya sebelum bertemu dengan lelaki itu.

“Mana dia? Awaklah ye? Yang selalu pakai AI (filter) muka saya tu?” katanya lagi sambil berjalan menuju ke arah lelaki itu.

Satu Arena Terhibur Gelagat Abang Panda

tokti abang foodpanda
Gambar: TikTok @heary_dean

Sementara itu, seluruh peminat di Axiata Arena terhibur melihat gelagat lelaki itu termasuk momenya meminta maaf kepada Tokti kerana menggunakan wajahnya.

“Saya dah maafkan, jangan risau…banyak pula dia pakai muka saya, sebelum hantar makanan. Sebelum hantar makanan tu dia menari dulu,” selorohnya.

Perkara tersebut membuatkan para peminatnya ketawa susulan tidak menyangka Tokti mengetahui perkara yang trending di media sosial berkaitan dengan dirinya.

BACA: Ramadan: Pahang Tetapkan Waktu Bekerja Hingga 12.30 Tengah Hari Setiap Jumaat

Untuk makluman, video ini telah mendapat lebih 1.5 juta tontonan dan lebih 65,000 tanda ‘Suka’ serta pelbagai komen daripada netizen yang terhibur.

Tonton momen mencuit hati Tokti dan lelaki penghantar makanan ini di bawah.

@haery_dean

Aduii banggg rezekii @Siti Nurhaliza cari abangg dalam konsert. @Syah #sebuahepitomesayasitinurhaliza

♬ original sound – Haery | EmployeeOfTheYear – Haery | EmployeeOfTheYear

Tiket Konsert “Sold Out”

Sebelum ini,  Datuk Seri Siti Nurhaliza mencipta rekod apabila tiket konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza habis terjual dalam tempoh dua jam.

Perkara itu dimaklumkan oleh beliau sendiri dalam satu hantaran di Facebook rasmi miliknya pada petang tadi.

“Alhamdulillah. Terima kasih dari lubuk hati terdalam,” tulisnya.

Dalam pada itu, dia turut memohon maaf kepada peminatnya yang tidak berkesempatan mendapatkan tiket sejak dibuka pada jam 2 petang tadi.

“Maafkan saya kepada yang tak dapat membelinya. Saya minta maaf sedalam-dalamnya juga. Saya memahami ada yang mencuba dan tidak sempat mendapatkannya.

“Ada rezeki di persembahan yang lain nanti. Doakan saya,” maklumnya lagi

Sumber: TikTok @heary_dean

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?