Siakap Keli
sejarah terowong kereta api
Kredit: Facebook

Berusia Hampir 100 Tahun, Sejarah Pembinaan Terowong Kereta Api Bukit Aman Tercatat Dalam Peta Lama 

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Berusia Hampir 100 Tahun, Sejarah Pembinaan Terowong Kereta Api Bukit Aman Tercatat Dalam Peta Lama 

Pasukan penyelidik Railway Cartographic Research Project (RailCREP) telah menjejaki sebuah binaan lama yang berusia hampir 100 tahun iaitu sebuah terowong kereta api di Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Difahamkan, RailCREP merupakan salah sebuah projek penyelidikan di bawah Persatuan Kartografi Melaka. Projek penyelidikan tersebut bertujuan untuk menjejaki struktur binaan yang pernah dijadikan sebagai laluan kereta api.

Penemuan ini telah dikongsi menerusi hantaran yang dimuat naik akaun Facebook Persatuan Kartografi Melaka pada 9 Mac lalu.

Dalam hantaran tersebut, analisis kartografi dan maklumat telah diberikan oleh Dr. Mohamad Rohaizat Abdul Wahab dan Shahrul Azzim Abd Aziz.

Ikuti perkongsian di bawah ini.

Team penyelidik Railway Cartographic Research Project (RailCREP), salah sebuah projek penyelidikan di bawah Persatuan Kartografi Melaka menjejaki sebuah struktur binaan lama yang berusia hampir 100 tahun yang digunakan sebagai laluan kereta api. Struktur bersejarah yang dimaksudkan ialah sebuah terowong kereta api yang terletak di Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Penjejakan dilakukan berdasarkan rujukan kepada senaskah peta lama yang telah diterbitkan pada tahun 1944 dan sumber peta tersebut diperolehi dari Stanford University, California di Amerika Syarikat. 

Peta yang bertajuk Malaya Terrain and Transportation Railroads tersebut memaparkan jaringan landasan kereta api yang terdapat di Tanah Melayu pada waktu tersebut.

Berdasarkan paparan di dalam naskah kartografi yang kini telah berusia 80 tahun tersebut, Terowong Kereta Api Bukit Aman ini dilabel dengan nombor lima (5).

Terdapat penerangan yang dipaparkan di muka surat dua peta lama tersebut berkenaan terowong ini. Penerangan tersebut menjelaskan lokasi dan spesifikasi terowong ini iaitu:

“5. Police Hill, 500′ long, 20’6″ high, fully lined (concrete), through earth, double track.”

Gambar: Persatuan Kartografi Melaka

 Maklumat yang tertera ini memberi maksud bahawa terowong kereta api tersebut yang terletak di Bukit Polis (kini dikenali sebagai Bukit Aman) mempunyai panjang sebanyak 500 kaki dan tinggi 20 kaki enam inci dan dilapisi konkrit sepenuhnya.

Selain itu, laluan ini melalui bentuk muka bumi iaitu kawasan berbuki  dan mempunyai jajaran landasan berkembar.

Terdapat tahun yang kelihatan pada terowong tersebut iaitu 1926 yang berkemungkinan besar melambangkan tahun ia dibina atau disiapkan.

Terowong tersebut kekal kukuh dan masih digunakan sehingga kini walaupun usianya telah mencecah hampir satu abad.

BACA: Jangan Tahu Pakai Je, Ini Cara Mudah Bersihkan Cermin Mata 

Sumber: Persatuan Kartografi Melaka via Facebook 

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma