Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

MetMalaysia Ramal Cuaca Panas Lebih 35 Darjah Celsius Di Semenanjung, Sabah

Nur Syahirah Zainoor Hisham
cuaca panas 35 darjah
Kredit: Bernama

MetMalaysia Ramal Cuaca Panas Lebih 35 Darjah Celsius Di Semenanjung, Sabah

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) — Cuaca kering dan panas dengan suhu melebihi 35 darjah Celsius diramalkan di kebanyakan tempat di Semenanjung dan Sabah sepanjang tempoh tujuh hari ke hadapan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi hantaran di Facebook hari ini memaklumkan di Sarawak, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku pada sebelah petang dan boleh berlarutan hingga pagi.

Menurut MetMalaysia ramalan itu berdasarkan analisis model cuaca dengan penumpuan angin dijangka berlaku di Sarawak hingga 15 Mac ini.

Jabatan itu menasihatkan orang awam untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat terkini dan sahih.

BACA: Jangan Tahu Pakai Je, Ini Cara Mudah Bersihkan Cermin Mata

Sumber: Bernama